15 July 2016

Bawa bertenang dan terus berjuang

Senaraikan cara-cara nak gembirakan hati ibu dan ayah
  1. Tolong ibu buat kerja rumah
  2. Mendengar kata jangan melawan
  3. Dapat straight A, 4 flat, dean list untuk setiap sem
  4.  Bawa mak ayah melancong.

But tak ramai yang buat no 1 dan 2 tu. Aku jamin. Yang selalu orang cakap,

“aku nak dapat straight a dalam SPM, nak ambik medic sebab aku nak gembirakan hati mak ayah aku”
“Bila aku dah besar nanti dah kerja nanti gaji pertama aku nak belanja family aku”
“BIla aku dah besar nanti, aku nak bawa mak ayah aku kelilng dunia”

Paling common
“Bila aku dah kaya nanti, aku nak bawa mak ayah aku naik haji”

Jangankan mak ayah. Aku yang student pun gembira kalau kawan kita bawak kita melancong, belanja kita, bawa kita pergi umrah/haji, kawan kita dapat straight A. Masih aku ingat seorang motivator berkata,

“Kamu bayangkan kalaulah kamu berjaya nanti, Muka Kamu terpampang dalam semua surat khabar. PELAJAR TERBAIK MALAYSIA! Bangganya mak kamu ketika itu, sampaikan semua surat khabar yang ada muka kamu dia beli. Setiap surat khabar tu dia beli 10. Lepastu dia pi sebar pada kawan-kawan dia sebab terlalu bangga yang anak dia ni dah berjaya”

Ayat nilah yang selalu membooster aku untuk studi dengan tekunnya sampailah ke zaman PASUM dulu. Wakaka.

Yeah, true. Kalau aku ada nak yang berjaya macam tu, aku rasa aku akan buat macam tu jugak. Pecah rekod Malaysia beb. Gila tak bangga.

Okay bayangkan pula mak ayah kita yang tak pernah pergi mana-mana. Tetiba sebab punyalah rajin kita kerja punyalah tekun kita cari duit akhirnya kita dengan duit yang kita kumpul tu kita berjaya menghantar mak ayah kita ke Paris. Fuhh, ayah aku pun tak pernah bawa aku ke Paris.

Gembira mak kita tu 40 hari 40 malam tak habis-habis duk cerita kat jiran kat kawan-kawan. Cerita benda yang berulang-ulang pun tak apa, tak jemu. Seronok sangat anaknya bawa ke luar negara. Negara feveret orang perempuan.  Monte Carlo.

Gembira sangat. Eksaited sangat.

Tapi sampai bila ?

Eksaitednya mak ayah kita tu paling lama 3 bulan duk cerita kat kawan-kawan. Akhirnya, merekakan jemu jua. Jadi, objektif kita nak bahagiakan mak ayah kita cuma mampu bertahan 3 bulan ja.

Hakikatnya kita nak lihat mak ayah kita bahagia tu selama-lamanya. Kalau bawa mereka melancong 3 bulan sekali mampu men’sustain’kan kebahagian mereka kita sanggup buat sebab apa? Sebab kita tahu melihat senyuman mak ayah kita kerana kita adalah kebahagiaan kita juga.

Tapi sebenarnya bawa mak ayah melancong 3 bulan sekali tak mampu nak menjaga sustainability kebahagiaan mak ayah kita. Yang mampu buat mak ayah kita bahagis SELAMA-LAMANYA cuma satu.

SYURGA.

Ye, syurga. Bagilah apa-apapun segala bentuk kesenangan hati di dunia. Akan binasa. Keputusan yang baik, kesihatan yang baik, bawa melancong, apa lagi nak? Tak akan mampu beri mereka kebahgaiaan selamanya. Mungkin akan rasa gembira. Tapi sekejap Cuma.

Nak bagi syurga pada mak ayah. Letakkan azam di dada.

Tapi tak senang. Sebelum nak bagi syurga pada mak ayah kita, kita jangan bagi neraka pada mak ayah kita.

JANGAN BAGI NERAKA??!! Cemana tu?

Senang je. Buat bila mereka suruh buat sedangkan benda tu melnggar perintah Allah dan tak buat bila mereka tak kasi buat sedangkan itu adalah perintah Allah.

Senang cakap susah buat. Tepuk dada tanya iman.

 Semua orang sayang mak ayah mereka. Siapa tak sayang mak ayah. Tapi, kita tahu mana yang lebih aula. Allah is our priority.

Allah is not an option. Allah is not plan B. Allah is not an alternative. He should be our only priority, our sole purpose in life.

Aku harap dan aku benar-benar harap, akan tiba satu saat, aku kata pada orang tuaku
“Mak, abah. Berkat kesabaran mak dan abah disebabkan akak jarang balik kerana buat kerja dakwah. Nah, Allah ganjarkan mak dan abah syurga”

Image result for diriku dr cinta