30 October 2009

PALING CANTIK

Pada suatu hari di sekolah.Seorg murid bertanya kpd guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: "Cikgu, mcmne kita nak pilih seorang yang terbaik sebagai org yang PALING kita sayang? Mcmne jgk kasih syg tue nak berkekalan?"

Cikgu:" ok,kamu ikut apa yg sy suruh.kamu pergi ke padang.kamu berjalan sambil memandang rumput2x di depan kamu.pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali pun.petik rumput yang PALING cantik dan bawa ke kelas".

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannye.Cikgu pun bertanya.

Cikgu:" kenapa tiada rumput yang dipilih?"

Pelajar :" td mase sy berjalan,saya carilah rumput yang PALING cantik,maka sy pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.Tapi, sampai di penghujung padang, sy tak jumpa pun yang PALING cantik.Mungkin ada diantara yang di belakang tadi yang PALING cantik tapi cikgu dah ckp jgn menoleh ke belakang walau sekali pun, jadi tiadalah rumput yang boleh sy petik."

Cikgu :" Ya, itulah jawapannya. maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorg yang kita syg, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai org yang berada di hadapan kita sebaik2nya.Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak akan berulang lagi.Dan ingatlah.org yang paling kita syg itulah yg PALING cantik dan PALING baik. Walaupun jika diikutkan, ramai lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi."

p/s: sayangilah insan yang menyayangi anda dan cintailah insan yang mencintai anda..kerana itulah yang terbaik..insyaallah.~

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)