12 October 2011

PMR is over.. So, what should I do?

Sebaik sahaja tamat Penilaian Menengah rendah tahun 2011, para pelajar tingkatan tiga yang bersekolah di SAMT SSAAS diberi peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga selama seminggu (cutilah.. takkan tak faham juga). Pucuk dicita ulam mendatang, sebagai pelajar yang berdisiplin dan patuh peraturan sekolah tidak pernah melepaskan peluang keemasan, sebaik sahaja tamat PMR, kami semua berduyun-duyun dan berasak masuk ke asrama tak ubah seperti anak ayam untuk mengemas beg..

Dan soofiyah sebagai anak yang baik serta taat pada ibu bapa menelefon ibu bertanya khabar pukul berapa ayah nak ambil...=) Oh ya ada kisah darpada si panglipur lara

Soofiyah : Izni, awak balik pukul berapa?
Izni : 2.15. Kita naik bas luar..
Soofiyah : Hah, bas luar.. nak naik juga..
Izni : (hanya mampu tersenyum)

Suasana : ketika di telefon awam
Soofiyah : Mak, kakak kena balik lepas habis ambik exam
Mummy : Kenapa?
Soofiyah : (menceritakan sebab serata munasababnya..)
Mummy : eh, betul ke ni.. Tak percayalah.
Soofiyah: Tak caya sudah
Mummy : Mak tanya warden eh? ( punyelah mummy aku tak caya kat aku)
Soofiyah: Hmmm... (tanyalah.. Bukan ke aku ni anak yang jujur)
Mummy : Kalau balik kakak nak naik apa?
Soofiyah : bas luar, boleh?
mummy : eh tak boleh..
Soofiyah : habis tu, macam mana kakak nak balik.. Abah kan kerja
Mummy : Hmmm.... nantilah tanya abah
Daddy : Tunggu malam tu.. Abah ambik
Soofiyah : lah, abah tak kerja ke?
Daddy : Balik kerja terus ambik kakak lah..
Soofiyah : Hmm.. ( Masa tuh kolam air mata dah berkaca... menunggu masa nak pecah jerk)
Mummy : (memujuk) Tak apalah.. Abah ambil malam.. Esok nanti kita pergi Plaza Massalam
Soofiyah : Eh, mak tak mengajar ke? Buat apa nak pergi?
Mummy : Kita pergi lepas zuhur lah.. Kan kakak nak beli CD korea..
Soofiyah : Ok...

Soofiyah lantas meletakkan gagang telefon sambil menjerit "yess!!!!' Haha.. Oh jadi sepanjang cuti ini Soofiyah menyenaraikan apa yang perlu dibuat dirumah...

1-Blogging (Semestinya)
2- menghabiskan masa dengan cerita korea..
3-membeli novel sebanyak yang mungkin
4- Menziarahi sekolah lama ( soofiyah seorang yang mengenang jasa ya)
5-Online 22 jam (lagi 2 jam, untuk solat, mandi, makan, dan sewaktu dengannya)
6-renovate blog
7- membayar semua hutang piutang soofiyah dengan kawan-kawan terutamanya request

hmmm... masih tak mampu berfikir lebih jauh...

P/s: Ini rancangan soofiyah.. kamu bagaimana?


No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)