17 December 2011

Dunia ini tak adil?


Seorang pakar undang-ungdang Inggeris, William Balck Stone pernah berkata

'Lebih baik 10 orang yang bersalah dibebaskan daripada seorang yang tidak bersalah menderita'


Memang, dunia memang tak adil.. Siapa yang berani kata dunia ni adil? Angkat tangan.! ( Tak payah pun tak apa.. Aku tak nampak pun) 

Undang-undang ciptaan manusia yang dilaksanakan di dunia ini sentiasa dicemari dengan sikap pilih kasih, rasuah, nepotisme dan kronisme yang menjejaskan prinsip keadilan yang didambakan semua orang..

Menyoroti sejarah, kita sering mendapati bagaimana pejuang-pejuang kebenaran terpaksa meringkuk di penjara , malah ramai mati dibunuh oleh penguasa-penguasa zalim.. Lantas, dimanakah keadilan yang kalian katakan tadi?

oleh sebab itu hati manusia telah merintih sejak dahulu sehingga kini. Mengapa tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini? Mengapa yang baik tidak mendapat ganjaran yang wajar dan yang jahat tidak mendapat hukuman yang setimpal. 

Tegasnya, tidak ada keadilan yang mutlak di muka bumi ini. Ini menyebabkan bhati manusia tidak puas seagi kebenaran tidak mendapat ganjaran dan hukuman tidak mendapat hukuman. Fitrah manusia yang rindu akan keadilan ini menimbulkan harapan untuk hidup buat kali kedua. Mudah- mudahan dalam kehidupan itu nanti, keadilan yang mutlak dapat ditegakkan. Inilah yang dikatakan "a sense of the end"..

dalam membicarakan nama Allah al-Malik, para ulama menjelaskan sifat kekuasaan Allah akan terserlah secara penuh dan menyuluruhdi akhirat. Disanalah nanti keadilan dan kekuasaan Allah akan terserlah secara total..
Wallahualam..

p/s:  99% diambil daripada majalah solusi isu 38.. Sebabtu ayat gramatis semacam.. hahaa

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)