15 December 2011

Menghargai orang lain




Jangan berharap dihargai apabila tidak mahu menghargai orang lain,menjadi orang yang selalu sempurna memang tidak mungkin tetapi menjadi manusia yang berharga untuk orang lain adalah hal yang sangat mungkin.

Kenapa kita suka fikirkan perasaan diri sendiri sehingga kita mengabaikan perasaan orang lain termasuk orang yang tersayang.. Kita nak diri kita dihargai tapi kita sendiri tak menghargai orang lain. Kita semua manusia, ada perasaan.

Memang, kadang-kadang hati kita terluka disebabkan dia tapi kita terfikir tak yang adakah dia pernah terluka disebabkan kita.? Kadang-kadang kita tak sedar kekhilafan kita sendiri, kan? Mungkin sebenarnya hati dia 10 kali ganda lagi sakit daripada kita. Tapi dia tak bagitahu sebab dia sebolehnya cuba menjaga hati kita. (lagi-lagi oranng macam aku.. hehe) Pernah kita fikir?

Kenapa? Tak bersutuju? Kenapa tak bersetuju? Kita tak tahu hati orang? Kita takkan tahu hati seseorang.. Hanya Allah saja yang tahu. Jadi, jangan suka menidakkan apa yang baik. Jangan berlagak, kawan-kawan. Renungkanlah..

Jangan suka mengungkit, jangan suka menunjukkan kelebihan anda. Anda mengungkit, anda fikir orang akan hargai pertolongan anda? Anda suka tunjukkan kelebihan diri? Bila-bila saja Allah boleh tarik kelebihan anda.. Jangan lupa bahawa Allah maha berkuasa setiap sesuatu.
Kun Fayakun!!
Jangan anda memandang rendah pada kekuasaan Allah.. Sebhanallah..

Jangan juga terlalui ego untuk minta maaf walaupun darjat anda setinggi Perdana Menteri.

Kalau anda benar-benar dilukai, tenang.. renungkanlah apa hikmah disebaliknya..
Contohnya; anda boleh menulis sesuatu di entri apabila anda kekeringan idea.. haha
Be postive.. Malaysia boleh anda pun boleh.. =)

p/s: entri ni tak ada kene mengena antara hidup atau yang mati selain anda..

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)