13 December 2011

Remaja mudah terpengaruh?

Ok, hari ni kita nak bincang topik remaja.. Kenapa?
Sebab saya seorang remaja.. haha

Remaja sekarang mudah terpengaruh?
Betul ke?


Remaja senang terpengaruh dgn sekitaran sebab time ni mereka sedang mencari identiti mereka sendiri. samada mereka suka rempit, goth, nyah dan sebagainya. terpulang pada sekitaran realiti dan maya yg mereka kelilingi.

Kalau macam tu remaja zaman dulu pun mudah terpengaruh?

Remaja dulu pun mudah terpengaruh juga.cuma sekarang lagi hebat penangannya sebab dah banyak sumber media.

OK, fine.. memang tak dapat dinafikan lagi remaja mudah terpengaruh terutamanya zaman sekarang..
Tapi persoalannya :
Remaja ni terpengaruh ke arah positif ke negatif?


Kalau kita baca mana-mana sumber, diorang mesti kaitkan remaja dengan perkara yang negatif..


Lepastu diorang akan cakap macam ni

Golongan belia adalah tulang belakang negara. Kalau mereka masih terus dengan sikap mereka, mampukah negara kita maju setaraf negara-negara barat di luar sana

Amboi, amboi.. siap mempertikaikan kebolehan lagi..!!
Kalau semua pihak asyik nak mengutuk, mempertikaikan kebolehan, menyalahkan remaja
Confirmlah negara kita tak maju..! *ei, tengah marah ni.. haha

Lupa ke yang kalau setiap kata-kata adalah satu doa.
kalau 40 orang doa kan makbul.. penduduk Malaysia ada berapa?
39 orang?

Secara jujurnya aku rasa masyarakat tak layak nak salahkan remaja 100%..
Dah, memang remaja semuanya akan mudah terpengaruh..
Lepastu yang pergi tanamkan lagi sikap negatif pada remaja buat apa?
memanglah kacau kalau macam tu..

Masyarakat mainkan peranan penting untuk membentuk remaja..
Bukan mengutuk remaja..
Remaja mudah terpengaruh, jadi sebelum hati seorang remaja tu menjadi besi berikan mereka pengaruh yang positif..


Tapi kalau hati remaja tu dah berjaya kalahkan besi dan batu...
Wallahualam..



p/s: Majulah blog untuk negara.. Haha


No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)