20 December 2011

Sahabat sejati? Wujudkah?

 


Soofiyah nak tanya korang hari ini satu soalan yang cukup mudah..

Masih wujudkah sahabat sejati pada zaman ini?

Wujudkah? Mudah ke susah soalan soofiyah ni?
Kalau korang kata masih wujud/ koranglah sahabat yang sejati..


soofiyah nak bagi satu contoh sahabat yang betul-betul sejati...


Disebutkan dalam suatu kisah, sewaktu Abu Bakar sedang meriba Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur, seekor kala jengking menggigit paha Abu Bakar r.a. Disebabkan tak mahu Nabi terjaga, Abu Bakar r.a. menahan kepedihan disengat kala jengking itu sampai menitis air matanya


Jadi, soofiyah nak ulang balik soalan soofiyah
Masih adakah sahabat sejati seperti Saidina Abu Bakar? 
atau;
Mampukah kita menjadi sahabat sejati seperti Abu Bakar?

Kalau korang tanya soofiyah, soofiyah cakap soofiyah tak sanggup mati.. *mak tak kasi..=)


Ok, fine.. walaupun korang tak sanggup mati sebab kawan,
adakah korang boleh setia dengan sahabat korang apabila kawan korang tu dalam keadaan yang susah?


Kawan makan kawan
Masalah ini bukanlah masalah yang serius lagi 
Tapi soofiyah sebagai pembela bangsa tetap memandang serius terhadap masalah ini *eceh


Kita selalu dengar
Aku tak sangka dia sanggup khianati aku
Sampai hati dia dia sanggup tikam aku daripada belakang *grr, kalau dia tikam kau daripada belakang macam mana kau boleh hidup lagi?


Kita cakap kawan kita macam tu macam ni, tapi kita?
Kita jaga ke persahabatan kita dan dia?
kalau betul kita jaga persahabatan kita dengan dia, dia takkan sanggup khianati kita
Percayalah..


Moral of the story:
Takkan ada istilah kawan makan kawan kalau kita saling menjaga persahabatan..


Soofiyah sayang semua kawan-kawan soofiyah.. =)




p/s : Debaran nak ambil result semakin terasa.. Doakan soofiyah 9a..



No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)