28 December 2011

Tips naikkan semangat blogging



Ok, entri sebelum ini kita telah membincangkan tanda-tanda atau simpton-simpton orang yang mempunya penyakit tak ada mood blogging.. Bagi tak mengecewakan hampa semua, soofiyah pun buatlah post ni..

Actually, mood soofiyah dah datang balik.. Thanx cuz komen entri sebelum ni walaupun sambutan tak menggalakkan.. (sedih +kecewa + merajuk = buat-buat gembira)

Hah, tak baca lagi entri sebeum ni? Alamak..!!
Baik korang klik di sana --------------------------> Entri sebelum ini

Jadi soofiyah nak share tips untuk elakkan tak ada mood nak blogging and tips naikkan semangat nak blogging balik..

1- Jangan hyperblogging

Ok, hyperblogging tu istilah soofiyah cipta.. Tak tahulah wujud ke tak dalam kamus.. (pergi check besta).. Ok, kalau korang duk post 4-5 entri satu hari memang dah melampau.. Penatlah tangan korang nak menaip.. Lainlah jari runcing korang macam Abang Ben Ashaari. tangan memang jenis lekat kat keyboard dan korang tak dak kerja lain selain blogging.. Blogginglah secara berjadual (faham tak?) Maksudnye korang buat jadual blogging.. Walaupun macam pelik aje.. (soofiyah tak buat pun.. ) =P


2- Otak needs rest

Hish, penat otak korang duk pikiaq nak buat entri best-best.. relaks.. Kalau agak-agak otak tu dah penat rehatkanlah otak tu sehari dua.. Jangan takut kalau traffic korang jatuh.. Esok-esok boleh naikkan balik... ye dak? 


3- Jenguk blogger lain

Korang pergilah ziarah blogger lain.. Tapi soofiyah prefer pergi blogger yang famous-famous.. sebab apa? Sebab, bila tengok blogger famous ni, korang nampak, kan follower diorang bepulu-puluh ribu orang.. Komen berpuluh-puluh.. kadang-kadang sampai beratus.. Takkan korang tak jeles? Tak bersemangat lagi?


4-Buat post

Ok, kalau memang dah lama gila korang tak update blog.. Buat post.  Tak kisahlah post ape.. Memang tak ada mood.. Kalau korang memang tak ada mood langsung copy paste pun jadilah.. Tapi kena credit..! Ok?
Nanti adelah yang komen tu.. Insya-Allah semangat tu datang balik.. Ada faham??


5- I love blogging..

Ini idea gile sikit kot.. Korang pergilah tempah baju ker.. Letak gambar blog korang yang cantik giler tuh..
Kompem, bila korang pakai baju tu, semangat tu datang..!

*kalau tak nak buat pun tak apa


Ok, done! Itu ajelah tips daripada soofiyah..
So, selamat berblogging..=D
sorry tak banyak..=)

p/s: Selesai juga akhirnya hutang soofiyah..Soofiyah tak tipu korang, kan?


No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)