06 December 2011

Wanita dan air mata


Mak aih, ada ke orang menangis macam tu?
Grr~ tak kisahlah...

Perempuan menangis tanda lembik?
perempuan menangis tanda cengeng?
Perempuan menangis tanda gedik?
.
habis, selama korang hidup ni korang tak menangis?
Yalah air mata kan satu kelemahan..
Sebab tu ada perempuan ada niat nak tukar jantina..
Sebab tu perempuan zaman sekarang benci jadi perempuan
sebab tu perempuan zaman sekarang tak tahu sopan santun..
.
Tapi, ada korang terfikir?
Air mata tu meupakan satu kekuatan..

Air mata wanita melambangkan perasaannya.. apabila dia menangis, itulah perasaannyayang ikhlas tatkala itu.. Air mata tidak berbohong wahai kaum adam.. Seorang wanita tidak akan menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh akan sesuatu hal. Air mata akan berguguran seiring dengan perasaannya.. Titisan air mata wanita itu melambangkan keikhlasan, kejujuran, kesedihan, kegembiraan, kepasrahan, ketakutan, kecurangan, pendustaan, kepercayaan, kesetiaan, kekuatan dan kesucian
Wanita dan air mata adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan..
tetapi ia tidak bermaksud golongan wanita ini lemah dan lembik..
Malah kerana air mata itu jugalah yang menyebabkan wanita itu kan menjadi lebih tabah dan kuat menghadapi cabaran yang mendatang...
Disebalik kelembutan ada kekuatan,
Disebalik keayuan tersemat sebuah ketabahan..

Renung-renungkanlah...

p/s: Sori entri hari ini pendek aje..



No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)