20 January 2012

Ada apa di asrama

Fiuh,, balik-balik terus onlina.. bertuah punya blogger.. Ni, soofiyah nak merajuk dengan korang sebab tak jaga blog soofiyah baik-baik.. Huhu..
Entri ni has untuk adik-adik yang mendapat tawaran untuk tinggal bermukim di asrama. Even 'akak' tahu yang korang dah pun menghadapi orientasi, soofiyah nak cerita pada korang supaya orang lebih bersedia, tabah, cekal, tenang dan banyak lagi nilai-nilai murni yang korang tahu untuk bermukim di asrama selama 1 tahun..



ini bukan gambar hostel


1-HANTU
Asal, asrama mesti nak dikaitkan dengan hantu. Soofiyah pun tak fahamlah.Actually tak boleh nak nafikan benda nih, sebab ianya ada di mana-mana sahaja.. bukan dikhususkan di asrama.. kalau korang baca yassin tiap-tiap malam, Insya-Allah selamat.



2- TANGGUNGJAWAB
Dekat asrama korang akan belajar bertanggungjawab berbanding kalau korang duduk do rumah. Sebab apa? sebab kalau korang tak bertugas di kelas orang tak hairan sangat, tapi kalau dalam dorm.... habislah korang.. bertugaslah dengan hati yang ikhlas.

3- SHARING IS CARING
Apa? Ingat dekat blog aje ke boleh share tutorial. Dekat asrama,lagi banyak korang kena share... Kalau korang ni jenis kedekut, korang dinasihati untuk keluar daripada asrama.. orang pun tak suka tau.. Allah lagi tak suka.

4- DUIT $$$$
Dekat asrama korang kena pandai bajet duit.. kalau sebulan dapat rm 50 pandai-padailah uruskan dan fikirkan sama ada keperluan ataupun nafsu.

5-KES CURI
 Tadi cerita pasal bujet duit.. Ni cerita asal kes curi pulak. Soofiyah just nak nasihatkan korang supaya jaga betul-betul duit tu.

6- TAK BOLEH STUDI
kalau korang duduk asrama korang akan jumpa macam-macam ragam manusia.. da yang kepoh, ada yang pendiam, ada penggodalah sampaikan korang rasa korang tak boleh focus 100%. So, kalau macam tu better korang kena merancang studi korang dengan lebih bijak..

7-RINDU PARENT..
Alolo.... ade budak yang meraun sampai terguling-guling sampai rindu dekat parent.. Sayang betul dia dekat parent dia, ya.. Ingat, belajar perlukan pengorbanan.. anggaplah perpisahan sementra korang ni sebagai satu pengorbanan. kalau tak sanggup dudduklaah dengan mak korang sampai kahwin nanti. tak payah belajar berdikari.

Ok, sekian sahaja daripada soofiyah. Bagi mereka yang berjaya mendapat tawaran ke asrama.. Tahniah.

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)