01 January 2012

Entri terakhir 2011 & entri pertama 2012

Macam mana tu ya? Bolehkah buat entri macm tu?
Haha, senang aje...
Entri ni dijadikan entri terakhir tahun 2011 sebab soofiyah menaip tahun 2011
Dan dipublishkan pada tahun 2012..! Jangan terharu, ok?

HAPPY NEW YEAR...!!!
*Ops, terlebih sudah


 

Hoho.. sorrylah.. 
Ok, selalunya kalau kita cakap tentang tahun baru apa yang akan kita kaitkan sekali?
AZAM
Yes, tepat sekali..
Apa lagi ? Review Azam soofiyah untuk 2010 dulu



Ditempatkan dalam kelas 3 Ibnu Rusyd *Well done to me.. hehe

Calon target PMR *Tanya cikgu kenapa.

melayakkan diri ke asrama *Tanya warden pulak

9 a's in PMR  *Alhamdulillah

Melayakkan diri ke kelas Elit *Tanya pengetua.. =)

Straight top 5 in exam *Oh, tak boleh bla punya azam

Blog yang disayangi korang *Impossible.!

Follower melebihi 700 orang *Thanx korang.. Sayang korang

6 per 8 berjaya dicapai.. Soofiyah tingkatkan usaha lagi..!!
Rakyat didiahulukan pencapaian diutamakan


Banyak yang soofiyah belajar tahun ni selain bm, bi, sejarah dan lain tapi satu aja yang soofiyah nak highlightkan..
Jangan terlalu selesa dengan kedudukan kita.. Sentiasalah berwaspada.. Kadang-kadang kita perlukan kegagalan untuk dapatkan kejayaan..
AMARAN:
Dipetik daripada PENGALAMAN


Sekarang azam soofiyah pada tahun 2011.. opss silap 2012.. Dah terbiasa..
  1. Soofiyah nak jadi diri sendiri. Tak perlulah tergedik-gedik nak tiru gaya orang. Biar orang nak berkawan dengan kita sebab kita ialah kita bukan orang lain!
  2. Soofiyah tak nak bercintan-cintun lagi.. Dah serik.! I'm sick of it. Kadang-kadang rasa menyampah pun ada.. Kawan sudahlah, kan?
  3. Ok, azam ni pelik sikit. Tapi soofiyah nak.! Soofiyah nak paggil nama member soofiyah nama penuh. Tak nak panggil nickname lagi walaupun dia tu tak kisah. Contohnya: Nur'ain Soofiyah. Kecuali kalau dia yang tak kasi.
  4. Menghormati keputusan orang lain. Tak nak jadi busybody. Soofiyah dah tahu rasa rimas bila terpaksa berhadapan dengan orang yang busybody macam soofiyah ni.
  5. Mind my words. Grr~ Jaga mulut! Stop melaser, ok? Bukan stop bermurai.. ^_^
  6. Try my best to get mumtaz dalam SMA, eventhough soofiyah rasa benda ni mustahil *kantoi lemah SMA. Tak tahu SMA tu apa? Tak payah tahu..^_^
  7. Soofiyah nak jadi happy good luck punya minah. Tak nak tiba-tiba aje moody, gelak sorang-sorang macam orang gila pun ada.
  8. Konsisten menulis blog. Mesti setiap dua minggu kena update. Tak nak sampai sebulan tak update-update. Lepstu blog bersawang, berhabuk, dan sewaktu dengannya.
  9. Soofiyah target follower soofiyah 3000 tahun hadapan.. InsyaAllah

Rasanya itu sahaja. Thanx cuz reading. Akhir kalam
Selamat tahun Baru. Semoga kita mampu menjadi insan yang lebih baik pada hari-hari esok .


Follower didahulukan blog diutamakan.
p/s: Ini semua azam soofiyah (Jangan gelakkan!) kamu pula bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)