02 January 2012

Kenapa kita kena belajar?

Baca situasai di bawah:
A: Kenapa awak belajar bersungguh-sungguh.
B: Sebab saya nak dapat result yang cemerlang.

Kalau kita tanya mana-mana pelajar kenapa awak belajar, soofiyah yakin jwapan mereka sama dengan jawapan si B.

Sebab saya nak dapat result yang cemerlang.

Tapi percaya atau tak, sebenarnya niat kita itu salah.. Jadi tak peliklah kalau ada yang berusaha sunguh-sungguh, studi siang malam, tak makan, tak tidur(macam ta k logik je) tapi tak mampu mendapat result yang baik,

Ok, tu nampak macam studi hard aje.. Fine, tak kisahlah kita studi smart sekalipun, tapi kenapa kita tak boleh dapat apa yang kita minta?

Jadi, kalau sebab nak dapat result yang cemerlang tu salah, sebab apa kita kena belajar bersungguh-sungguh?

Kita tak boleh berusaha untuk capai apa yang kita hajati. Itu seolah-olah menunjukkan kita mengaku yang kita ni ada kekuasaan. Sebenarnya, kita berusaha untuk menunjuk sahaja

Menunjuk?


Hehe.. Dengar sampai habis dulu... kita berusaha sebab kita nak tunjukkan kepada Allah, betapa kita inginkan apa yang kita hajati itu, tunjukkan kesungguhan kita kepada Allah. Sebab Allah yang akan bagi. Bukannya kita usaha untuk capai perkara itu. Bila Allah lihat kita bersungguh-sungguh menunjukkan kepadaNya betapa kita inginkan perkara itu, baru Allah akan bagi.
Ok, dah faham kenapa kita kena belajar sebanarnya? 
Konklusi : Sekolah dah nak mula, jadi bagi sesiapa yang tersalah niat mohon ubahlah niat kita.. Insya-Allah kita akan berjaya.

Dipetik daripada : Iluvislam


p/s: Esok dah kena balik asrama.. ^_^

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)