04 February 2012

Mestilah, inikan trend..!

asslammualaikum dan salam satu Malaysia,
Pada malam yang sangat sejuk + dingin ni soofiyah nak membicarakan tentang trend alaf 21.!
Pada era ni, terlalu banyak industri-industri fashion hidup, muncul bak kata pepatah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai barang-barang berjenama yang kita sering dengar. Contohnya : Louis Vuitton, Esprit, Elle, Roxy dan banyak lagi jenama yang soofiyah tak pernah dengar.
Sebagai seorang muslimah yang tak nak ketinggalan, melihat industri fashion yang semakin maju, tentulah sedikit sebanyak hati kita sebagai wanita perempuan terpaut dengan kecantikan dengan keunikan rekaan baju tersebut.

"Yalah, takkan nak pakai tudung labuh saja. Sakai giler! kalau macam tu siapa yang nak msuk Islam"

Kawan-kawan,
Soofiyah yakin ada diantara kita(tak semua, ya) yang terbisik kata-kata tu.
akhirnya lahirlah busana muslimah. Rekaan pakaian muslimah yang cantik, bertudung, beragaya anggung, ayu dan segalanyalah... Jangan risau, masih menutup aurat!

Soalan 1:
Sakai ke wanita bertudung tu? Sakai ke mereka bertudung labuh tu?
Tak, kawan-kawan. Tak sakai langsung. kalau kita pakai denggan kemas, tak sakai. Elok aje. Ayu. Kita tengok ramai artis-artis malaysia yang tak bertudung bila berlakon dalam keadan bertudung, mesti nampak tak cantik..
 Kenapa? Sebab diroang memang nak me'nyakai'kan diri mereka dalam keadaan bertudung. Hina ke tudung tu?


*sakaikah wanita ni?

Soalan 2:
Apa yang korang dapat berpakaian dengan bergaya ni?
Nak nampak cantik? Nak up to date.? Kawan-kawan, memang kita perlu mengikut perederan zaman. soofiyah setuju. Tapi mengikut peredaran zaman tak semstinya kita mesti bergaya.

Biarlah buruk pada pandangan masyarakat, tapi cantik pada pandangan Allah. Daripada kita asyik nak meng up to date, lebih baik kita update hubungan kita yang dah terlalu jauh dengan Allah. Nak bagi orang lain cemburu?

Lebih baik dicemburui para bidadari di syurga nanti. Sabarlah. Dekat di dunia ni sekjap aje.. Tak  kemana Jelous tuu.

Soalan 3
Kenapa mesti kita ikut mereka?
kata nak ajak mereka masuk Islam, sepatutnya kita kenalah kekalkan identiti kita untuk menarik mereka ke agama kita. Kenapa mesti kita yang ikut mereka? Kita ke yang nak masuk agama mereka? Nauzubillahminzalik!

Soalan 4
Apa kebaikan mengikut ternd ni?
Fikir. Selain cantik, apa yang BAGUS sangat dengan ternd ni. Sedar tak, orang yang mengikut trend ni orang yang suke membazir.

Tak percaya: Andai kata korang beli satu baju yang MAHAL. alasan.? Kualiti tinggilah, apebendalah. Macamlah barang murah tak ada kualiti, tak boleh tahan lama.  Fesyen, mesti ada latest design! malulah korang pakai baju yang dah last season punya. Beli lagi baju baru yang mahal. keluar design baru, beli lagi.. Tak ke membazir namanya? Fikirkanlah..

Dahlah, soofiyah rasa nak berhenti sampai sini sahaja..
Even, soofiyah rasa tak ramai akan baca ni soofiyah sangat harapkan ada yang sudi baca.

p's: ayat malam ni terlebih gramatis.. Bila baca balik menyampah pun ada. Apa-apapun, menyampah pada ayat tak apa. jangan menyampah pada isi.

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)