05 February 2012

Ombak pun tahu rindu

Minggu ni soofiyah pergi bercuti ke Kuantan
Tadi soofiyah pergi ke pantai Teluk Cempedak

Apa lagi kalau pergi ke pantai konfermlah buat istana pasir..

eksited punya eksited buat istana
ammar siap nak buat dinding yang tinggi dan kukuh (kononnyalah) lagi supaya tak kena air


Dan datanglah ombak yang kononnya besar..
Masa tu memang sengaja datang petang
Air tengah pasang.. Giler, habis seluar soofiyah masa tu.




Dan jadilah istana pasit tu macam ni.. Licin!
Bila difikirkan kembali soofiyah faham apa yang Allah nak sampaikan melalui ombak ni

Kita ni hidup terlalu mewah dekat dunia ni
sampai kadang-kadang kita lupa pada Yang Memberi
Dan bila Allah nak tarik balik nikmat kita yang terlebih ni, sekelip mata sahaja.

Sejauh mana pun, sekukuh mana pun tembok korang nak lari daripada Allah
runtuh juga tembok itu, akan datang juga peringatan tu.

Itu yang pertama,
masa nak siap-siap balik ke apartment tiba-tiba adik yang sorang lagi pulak menjerit terlompat-lompat
Selipar kena ambil dengan ombak.!
[ moral  : Jangan terlalu megah apa yang kita ada.. ]
Daddy kejarlah selipar tu tapi dahh jauh sangat..
Ok, fine. Adik memang pasrah habislah Balik apartment pakai seliapar.. [moral : bersabar]
Soofiyah? Gelakkan sajalah.. Hahaha tak patut dicontohi ok? [moral : bersedihlah dengan musibah orang lain]

bersabar dengan ujian Allah.. Itulah yang terbaik
masa adik nak balik ke kereta dalam keadaan pasrah gila..
guess what?
Ombak tu pulangkan balik selipar adik soofiyah..
Terkejut gila masa tu..

lastly, satu family balik ke apartment dengan happy.. yeay!

p/s: sorry ayat macam tak betul sikit.. Hope korang faham aa yang soofiyah nak sampaikan ni.. Please.. Fahamkan!
oh, ya.. ni cerita benar ok! bukan rekaan semata-mata..




No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)