16 March 2012

Saya sakit.. uhuk.. uhuk..

 

Hari ini ain soofiyah sakit.. Haha *sentiasa ceria walaupun sakit.. Oleh sebab blog ini dah berhabuk kerana lama tak update serta dibebel dan dikomplen orang ramai sebab membiarkan blog bersawang. So, setelah lama memerah otak mencari idea. Ain soofiyah membuat keputusan buatlah post ni. *gasak ajelah

Cuba fikir dan renungkan apa yang selalu kita buat tiap kali kita sakit?
MERUNGUT ! Semestinya..

Cuba fikir pula apa yang selalu kita rungutkan?

  1. Aduh, benci betul makan ubat ni.. Dahlah pahit, berbau pula tu.. Tak ada ubat manis ke?
  2. Apesallah kena selsema.. Tak suka.. Rimas.! Hidung asyik tersumbat saja!
  3. Kenapalah aku sakit tekak. Susahnya nak tidur.
  4. Eh, perut. Jangan cari pasal boleh tak? Sikit-sikit senggugut. Sakit tahu tak!
  5. Aduh, kenapa pening sangat ni.. Dah lah nak jawab exam..
Hah, apa lagi.. Meh sini kita tambah..
Tapi adakah kita terfikir....


  1. Dengan sakitlah, lahirnya saintis yang mencipta ubat. Kaya~ pahit ke manis ke tolak tepi.. Kalau korang nak kaya, ciptalah ubat manis.. =D
  2. Selsemalah menghalang kita daripada bau bau-bauan yang tak sepatutnya.. (BUSUK!) kalau tak boleh bernafas. Mulutkan ada. Apa susah..
  3. Sakit tekak? Tak boleh tidur? Biarlah.. Suara seksi sikit.. Tak boleh tidur tu maknanya dia suruh korang bangun buat Qiamullail!
  4. Senggugut. Dengan senggugutlah korang boleh sujud walaupun waktunya tak tepat.. Kalau tak senggugut, ada korang nak sujud? 
  5. Pening? Tak boleh jawab exam.. lagi best.. Masa exam tu, usya-usyalah soalan dia.. Kalau dah pening sangat minta cikgu hantar bilik sakit. Kalau dah sihat, studylah balik soalan yang korang sempat usya tu..*Peperiksaan besar dikecualikan.
Apa lagi yang korang rungutkan? Semuanya untuk kepentingan kita juga.. Renung-renungkanlah..

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tiadalah tertusuk duri atau benda yang lebih kecil dari itu pada seorang Muslim, kecuali akan ditetapkan untuknya satu derajat dan dihapuskan untuknya satu kesalahan.” (HR. Muslim dari Aisyah ra).

AMARAN: Yang nombor 5 itu jangan tiru..!

Notakaki:
1- apa yang ain soofiyah nak sampaikan di sini adalah setiap apa kesusahan yang kita dapat ada hikmahnya yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal.
2-Ain soofiyah demam saja.. Haha

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)