10 March 2012

Siapa kata orang Islam tak boleh melancong



Orang Islam tak boleh melancong? Siapa kata?
Kalau betul, kenapa tak boleh? Sebab melalaikan? Ok, sempena kita bercuti seama seminggu mesti ramai yang akan melancong, So, soofiyah pun buatlah post ini.

Pertama sekali, sebenarnya melancong itu tak salah. Islam itu syumul... Malah digalakkan bagi umat Islam untuk melancong sesuai dengan firman Allah :


Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)


Tapi, pertama sekali kita kena tahu.. 

Kenapa kita melancong?
Berseronok? Meluangkan masa bersama keluarga? Release tension?  melihat keindahan ciptaan Allah?
beribadah? Bermuhasabah? Atau Lillahi taala.. Hanya Allah yang ketahui apa isi hati kita yang kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa isi hati kita..

Tetapi sebagai pengambara Allah kita hendaklah menjaga adab melancong walau kita di negara Barat..
Bukan kita mengikut Barat, tetapi Barat mengikut kita. Insya-Allah~

Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka
Jadi kita mestilah menjaga adab-adab melancong supaya tidak terpesong dan sentiasa dilindungi Allah..


1- Menutup aurat.
Apalah guna kita melancong mencari ilmu, tapi tak mengikut syariat Islam.. Bukan susah pun menutup aurat..


2- Jauhi maksiat
Tidak salah melancong dan mengenali budaya masyarakat lain.  tetapi andaikata sudah melampaui batas dan berlanggaran dengan syariat Islam adalah baiknya kalau kita segera menjauhinya. Takut hati ini dibolak-balikkan..


3-Mengambil pengajaran
Andai kata semasa kita sedang melancong, kita terlihat sesuatu yang perlu diambil..  Ambil, amalkan dan sebarkanlah selagi ianya tidak mengaibkan sesiapa..


4-Bukan menunjuk
Ramai antara kita melancong untuk menunujuk.. Menunjuk macam mana? 
"Hari itu saya pergi Paris. Best sangat.! "
Memang tak salah cakap sedimikian rupa.. Tapi kalau kita masukkan sekali dengan sifat riak. Maka, rosaklah segala-galanya.


5- Berbelanja
Bagaikan adat, kalau kita pergi mana-mana akan beli cenderahati untuk kita sendiri dan kawan-kwan. sebagai kenangan. Tetapi berjimatlah dalam berbelanja. Jangan membazir. Bezakan antara keperluan atau nafsu..


6- Halal dan haram
Pergi ke tempat orang semestinya kita nak tahu apa adat dan budaya mereka. terutamanya makanan. Tidak salah mencuba, cuma jagalah antara halal dan haram semoga tubuh badan kita sentiasa terjaga daripada makanan yang haram..



No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)