28 April 2012

Berhemah dalam menegur

Berhemah dalam menegur atau nama lainnya menasihati dengan baik.

Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (al-Nahl, ayat 125).


Fahamkan situasi berikut.


A : Kenapa tak sedekah? Nak jadi macam Qarun eh?
B : Bersedekahlah mudah-muudahan kita tidak disamakan dengan Qarun kelak.


Kalau kita menjadi orang yang mendengar nasihat tersebut, yang mana kita lebih prefer untuk mendengar? A atau B? Tentulah A.


Yalah,, siapa boleh terima orang sentap-sentap kita. Berdakwah ada caranya dan mesti kena caranya..jangan pula kita berfikir,


"Selama ni aku guna cara baik, diorang mana nak dengar. Pakai cara keras baru nak dengar."


Apalah guna kalau mereka itu dengar nasihat kita tapi dalam hati tak rela. Jangan lupa, hidayah Allah itu datang tanpa dijangka cepat atau lambat. Selain berdakwah, kerja kita berdoa. Bukan memaksa mereka berubah.


Kalau kita fikir dua kali, kalau kita buat cara keras pun tak semua akan dengar nasihat kita. Mungkin kita buat mereka lgi takut nak beramal.


Ada dua sebab

1-Andai kata sebelum ini kita berdakwah dengan baik. Lama-lama mereka akan cuba praktikkan apa yang kita sampaikan. InsyaAllah. Tapi, satu hari kita guna cara keras sebab kita tengok mereka masih tak buat apa yang kita nasihat, sedang kita tak tahu pergolakan hati mereka. Mereka baru ada niat nak buat benda baik, tiba-tiba kena sentap. Agak-agak mereka akan buat tak perkara tersebut?Sudahlah menunjukkan contoh yang tak baik, keluarkan perkataan tak sepatutnya pulak tu..

2- Batu vs batu.
 Hati mereka kita ibaratkan seperti batu. Kita memberi nasihat dengan keras seperti batu. 
Apa yang akan terjadi?: 
1-batu akan pecah 
2-Tak ada apa-apa yang terjadi.

Sebab itu kita kena sentiasa bersabar.
Contoh: 
Hati mereka keras seperti batu
Kita tak jemu memberikan nasihat dengan nasihat yang lembut seperti air
Walaupun lama, ia tetap membentuk lekuk .


Akhir kalam berdakwahlah dengan kata-kata yang baik. Berdakwah tak semestinya dengan kata-kata tetapi melalui contoh yang baik.
Semoga berkat kesabaran para pendakwah membuahkan hasil. Insya Allah


* Jangan tengok tulisan, tapi kata-kata..


Notakaki :
     1- Suka vlogger ni MrTheAllShared
     2- Cepat siap-siap ke PWTC..!

1 comment:

  1. Saya setuju sgt dgn entry ni..entahlh rse sentap plak ble ade nasihat2 yg mengentap, dhlh sentap, rse mcm die je yg bagus, nak berubah pon mcm x nk berubah..admin trylh bce tarbiah sentap blog..sy x tahu klu admin bce mungkin admin rse ok kot, tp x saya..sy tahu mmg salah, dosa tetap dosa tp sy pon manusia biasa nak berubh jd yg lebih baik tp x payahlh kasar2 sgt..org yg baik dan x buat ape yg diceritakn oleh admin berkenaan mungkin dia x rse apa2 tp mcm sy ni..x pelh itu je nk kongsi..tp klu sy nak brubh sy suka sokongan dr nasihat yg lemah lembut dn hikmah

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)