15 April 2012

Bersabarlah selagi kau mampu wahai sahabat

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia.


Setiap hari
Setiap masa
Setiap waktu
Setiap detik
Setiap saat

Semua makhluk Allah yang bergelar manusia akan diuji oleh Allah.
Tak kira sama ada kita diuji dalam bentuk nikmat atau atau musibah.

Tatkala diberi nikmat, kita lupa pada Yang Memberi, Bile ditimpa musibah baru mencari Yang Mencari.

Allah give and forgive Human get and forget?

Mendengar rungutan orang tak puas hati itulah, inilah..  Tetapi soofiyah sangat pelik bila orang cakap:

Sabar aku pun ada hadnya!

Teruk sangatkah kita diuji sampai nak menzahirkan had sabar kita?


 

Sahabat,
kalau nak dibandingkan dugaan yang dilalui oleh Rasulullah dengan kita
Sangat-sangat tak seberapa. Jauh bezanya.
Tapi adakah kita pernah dengar nabi merungut?
Kita pernah dengar nabi ucapkan kalimat
'Aku dah tak tahan dengan dugaan ini'
Pernah?

Tak pernah sekalipun. Malah, jika ditakdirkan kita sendiri yang diberi peluang untuk melihat dugaan nabi.
Menangis kita. Terlalu berat nak dibandingkan dengan kita.
Memanglah sebab Rasulullah itu nabi ! 

Ya, Rasulullah itu nabi, tapi kita lupakah kenapa Allah utuskan nabi kepada kita?

 "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu" (Hadis riwayat Muslim).
Maka, di sini saya mengingatkan rakan-rakan sekalian.
Kuatkan iman di dada. Jangan cepat melatah andai diberi ujian.
Itu semua hasutan dan godaan daripada syaitan.
Binalah takwa untuk membentuk iman yang mapan.

Andai kita perlu seseorang untuk meluahkan perasaan,
janganlah malas untuk bertahajjud.
Bangunlah, menangislah, merayulah kepada Allah.
Sesungguhnya hanya Allah yang memahami hati kita.
Tak siapa yang faham melainkan Allah.

Kuatkan semangat, kuatkan tekad
Banyakkan meneyebut kalimat 'Innallhamaana'
Sesungguhnya Allah bersama kita.


Notakaki:
  1. excited nak baca novel sinergi by Hilal Asyraf.. Penat meneroka tak jumpa.. Sekarang baru jumpa
  2. Sorrylah, kali ni post tak best.. Penat perah idea ni..

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)