09 April 2012

Cinta High Class

Remaja sinonim dikaitkan dengan cinta. Cinta sesama manusia merupakan anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada semua peringkat umur manusia. Namun, zaman remaja itulah kemuncaknya kerana berlaku pertukaran fasa kanak-kanak ke alam dewasa, apatah lagi peringkat remaja mencari identiti sebenar diri sebelum meningkat ke alam dewasa.

Ketahuilah, zaman remaja perluu diurus dengan baik dan atas jalan yang benar agak natijahnya kelak abukan sahaja  sesuatu yang mendatangkan kebaikan diri sendiri, tetapi mendamaikan hati ibu bapa serta mendapat keredaan Allah.

Kategori cinta ada tiga:

  • Cinta Biasa
  • Cinta Luar Biasa
  • Cinta High Class

Cinta Biasa
 "Meow"
Seekor kucing jantan bertompok-tompok di badannyamengejar si kucing betina. Gala bunyi ngiauannya. lebih nyaring dan lebih panjang daripada biasa. Mungkin musim mengawan sudah tiba..

Seperti haiwan, begitu jugalah manusia. Wanita dan lelaki saling tertarik dan itu benda biasa. Bukan saha saling tertarik, wanita juga difitrahkan dengan peasaan saling mencintai. Ia perkara biasa yang dialami oleh ramai orang. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti menjadi rahib dan menolak perasaan cinta serta keinginan utuk berkahwin dengan alasan untuk mengelakkan diri daripada mendapat mudarat cinta.

Sebaliknya, Islam menawarkan solusi terbaik iaitu pernikahan agar fitrah dapat disalurkan menjadi barakah. Itulah cinta biasa; perasaan yang sedia ada dan fitrah dalam hati setiap insan.


Cinta Luar Biasa

Cinta luar biasa tidak dinilai sehebat mana pertemuan pasangan tersebut, atau sejauh mana hubungan mereka diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Wanita dan lelaki dibuai tanpa kesedaran dan batasan dengan perasaan cinta, akan sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Bahkan mereka cuba membuktikan kepada dunia bahawa cinta mereka begitu mendalam dan luar biasa. Sedarkah mereka akan akibatnya?

Demi cinta, sanggup mengetepikan keluarga dan tinggal bersekududukan dengan si dia. LUAR BIASA.!
Demi cinta, bayi sanggup digugurkan dan dikisar dalam blender. LUAR BIASA.!
Demi cinta, sanggup terjun bangunan dan menelan racun. LUAR BIASA.!

Semua itu luar biasa. Ya, luar biasa yang membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan. nauzubillahiminzalik.!

Cinta High Class

Wanitta dan lelaki bercinta selepas nikah akan saling melengkapkan diri, pengetahuan dan agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa dan dikategorikan sebagai cinta High class

Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Fahamkan si dia dengan cara yang benar serta kurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ia hanya dibolehkan atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan mnjaga syarat dan batasan.

Cinta high class bukan eksklusif milik sesiapa. Tidak untuk mereka yang berpangkat mahun berkedudukan tinggi. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu hingga hari esok. hari ini juga, cintailah secara high class. Jangan lupa bantu si dia agar mampu mencintai secara high class.

Apa kriteria cinta high class?

  1. Cinta yang mendaulatkan Allah sebagai yang pertama
  2. Cinta kerana Allah
  3. Cinta yang bermujahadah melawan nafsu
  4. Cinta tanpa seteru.

Sumber: majalah solusi isu 42
Pengarang: Fatimah Syarha

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)