07 April 2012

Ketakwaan tunggak kecemerlangan part 1


Semalam ain soofiyah ada datang menghadiri forum di sekolah yang bertajuk ;
 Ketakwaan Tongkat Kecemerlangan 
selaras dengan prgogram sekolah esok hari iaitu Hari Graduasi..

Semalam tak tahu kenapa tapi soofiyah banyak tertarik dengan isi yang dibincangkan oleh dua orang ahli panel daripada SAM Rawang. Tak hairanlah sekolah ni hebat-hebat pelajarnya. InsyaAllah..

Kita terus ke isi forum..

Soalan: Seperti kita ketahui setiap hari jumaat dalam khutbah para khatib akan menyebut  اتَّقُوْا اللهَ . Ketika itu kita nampak ramai syabab sedang menunduk seolah-olah mereka benar-benar menghayati apa yang diseru oleh khatib tersebut..

Namun apa menegecewakan, mereka bukan menghayati seruan tersebut, tetapi mereka lebih rela menghayati alam mereka yang lain(tidur).. Jadi boleh ustaz terangkan bagaimana jika diseru   اتَّقُوْا اللهَ , maka ia mampu mendatangkan sebenar-benar takwa kepada pelajar..


Jawapan:  Mudah sahaja.. memang, seperti kita ketahui setiap hari Jumaat akan dibacakan
اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْ تُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Maka, adik-adik sekalian apabila kita didengarkan حَقَّ تُقَاتِهِ Katakanlah dan tekad dalam diri adik-adik

Ya Allah, aku taat kepadamu
Ya Allah aku mohon ampun kepadamu
Ya Allah aku ikhlas beribadah keranamu

dengan seikhlas hati.. Ikhlas ini penting adik-adik. Tanpa keikhlasan, tiada istiqamah.. kerana apa? Kita buat ibadah kita selitkan rasa riak dan ujub..
Seterusnya, buanglah perkara yang menghalang ketakwaan kita seperti riak, ujub dan takut selain daripada Allah dengan لا حول ولاقوة إلا بالله . 
Tiada kekuatan selain daripada Allah.


Adik-adik, manusia ini tak ada kekuatan.. 
Kita hadir ke forum kerana kekuatan yang dipinjamkan Allah.. 
Kita menuntut Ilmu juga kerana pertlongan daripada Allah.. 
(Bahkan ain soofiyah menaip dan kalian membaca entri ini juga dengan kekuatan dan pertolongan Allah). 


Adakah kita masih tak malu nak buat kejahatan sedangkan kita tahu kekuatan ini hanya sementara? Adik-adik, takutlah kepada Allah dengan mengucapkan kalimah  لا حول ولاقوة إلا بالله kerana ia merupakan senjata untuk menjauhkan diri daripada sifat mazmumah. InsyaAllah..

Berdoalah kepada Allah untuk mengekalkan taufik dan hidayah dalam diri kita.. 
Rugi bagi mereka yang yang dilahirkan dalam keadaan cahaya Islam tapi mati dalam keadaan jauh daripada rahmat. 
Tapi sebagai hamba Allah, makhluk bernama manusia yang mana hatinya sentisasa berbolak-balik, berdoalah suapaya taufik dikekalkan dalam hati kita.. 


Akhir kata. Istiqamahlah untuk mendapatkan keredaan Allah.. Wallahualam..



P/s: Oleh kerana panjang sangat. soofiyah bahagi-bahagi ikut part.  Soalan seterusnya akan membuka minda kita tentang pembangunan negara. Soalan berbunyi. 'Bagaimanakah takwa mampu membina semula negara.'
Harap menungggu..

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)