08 April 2012

Ketakwaan tunggak kecemerlangan part 2

Alhamdulillah, semalam ain soofiyah diizinkan Allah untuk buat post tentang ketakwaan tunggak kecemerlangan..

Malam ini, Insya Allah ain sofiyah akan sambung entri semalam yang tergantung.
Seperti yang ain soofiyah janji semalam, malam ini kita bicara soal
Bagaimanakah takwa mampu membina negara.
Sebelum kita kupas soalan ini, marilah kita semua mengingati semula zaman kegemilangan Islam. Dimana pengaruh Islam pada masa itu telah menguasai 2/3 dunia.

Dan Islam telah menguasai dua kuasa besar dunia pada zaman tersebut iaitu Rom dan Parsi.
Berkat kesungguhan khalifah Islam seperti

  • Abu Bakar
  • Umar Al-Khattab
  • Usman Affan
  • Ali Abu Talib
  • Sultan Muhammad al-Fateh 
  • Salahuddin al-ayuubi 

dan banyak lagi..
Alhamdulillah, sebagai seorang pelajar sekolah agama, ain soofiyah diberi peluang untuk meneroka ramai lagi pejuang-pejuang Islam..

Kita renung kembali bagaiman Islam berjaya menguasai dunia
melalui sistem khilafah,
malangnya ia sistem khilafah ini
telah dimansuhkan oleh pengkhianat agama kita..
Orang itu seperti kita sedia maklum orang itu ialah  Mustafa Kamal.

Sistem khilafah telah dimansuhkan dan digantikan dengan Sistem Demokrasi.
Dan sistem ini telah diamalkan negara kita sendiri..

Mustafa Kamal dianggap Hero oleh negara Barat tetapi dianggap Pengkhianat Agama kerana telah menghapuskan kerajaan Usmaniah..
Tragis kawan-kawan..

*Inilah pengkhianat agama

Memang secara jujurnya,
Ain soofiyah tak suka mereka yang suka mengulangi semula zaman kegemilangan Islam.

Kerana apa?
Kerana mereka hanya berbangga dengan kegemilangan Islam pada zaman silam tapi
mereka langsung tidak mengambil apa-apa indakan.
Inilah kesilapan terbesar orang-orang Islam..

Baiklah cukuplah sampai di sini ain soofiyah membebel. Kita terus untuk mengupas persoalan tadi..

Seperti kita sedia maklum, kajian daripada tahun 2008-2010 seramai 152 182 bayi yang didaftarkan tanpa bapa..


Para pembaca sekalian, 152 182 bukanlah jumlah yang sedikit..
152 182 bukan juga nombor ekor.!
Tetapi jumlah bayi lahir tanpa bapa..!

Itu baru yang berdaftar.
Bagaimana pula yag tertinggal di sebelah tong sampah, longkang, tandas? Renung-renungkanlah..

Saya dah tak tahu nak buat apa dengan anak saya. ustaz buatlah apa-apapun pada anak saya.
Ya Allah, hancur negara kita kalau seorang bapa berkata seperti ini.. Hancur..
Seorang bapa, tunggak, ketua sebuah keluarga boleh keluarkan kenyataan seperti ini.

Bapa  tidak menggunakan kuasanya untuk membentuk anak-anaknya..Semoga kita dijauhkan dengan perkara ini.. nauzubillahiminzalik..

Akhir kata, mohonlah kepada Allah.. Seorang ketua keluarga memunyai tanggungjawab yang besar.. Peringatan kepada kaum adam dan hawa. kahwin bukanlah untuk  melepaskan nafsu  semata-mata tetapi lebih kepada tanggungjawab untuk membina sebuah negara.

Notakaki: Jangan terlepas masih ada part 3. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)