12 April 2012

Ketakwaan tunggak kecemerlangan part 3

Soalannya:
Apakah halangan atau cabaran yang akan dihadapi oleh orang-orang yang sedang membina takwa dalam diri?

Mudah, sahaja.. Pertamanya dan selamanya, Yang mencipta halangan itu adalah kita kembalikan kepada Yang mencipta makhluk sekalian alam yakni Allah dan ia dikenal sebagai dugaan.
Kedua, tidak lain dan tidak bukan syaitan yang direjam. Allah memberi peringatan kepada kita dalam surah albaqarah ayat 168
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata.

Ini menunjukan syaitan ini bukan sebarang musuh. Sebagai orang mukmin nak tak nak, mahu tak mahu kita kena menghadapi syaitan ini. Bagaimana? Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi godaan-godaan syaitan dengan memohon perlindungan daripada Allah.

Hati manusia biasa sentiasa berbolak-balik. Ada anttara kita yang kadang-kadang waswas dengan kehebatan Allah subanahuwataala(nauzubillahiminzalik). Bukan ragu-ragu deangan kehebatan Allah sahaja, ada juga yang waswas dengan takdir, nikmat, mahupun janji Allah. Itu merupakan tanda waktu itu kita sudah dikuasai syaitan.

Sebab itulah, kita tidak digalakkan termenung. Kerana apa? Kerana termenung memudahkan syaitan untuk mengusai diri kita. Andai kata, terrdetik di hati kita rasa waswas dan kita sedar tentang itu, maka cepat-cepatlah beristighfar dan sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah.

Siapa yang suka termenung, anda sama macam monyet ni.. hehe

Rakan blogger sekalian,
Apa guna, kalau keputusan peperiksan kita cemerlang.

  • UPSR kita 5A
  • PSRA kita mumtaz 
  • PMR kita 8A/9A 
  • SMA kita mumtaz
  • SPM kita 11 A+
  • tapi dihadapan Allah? Rasib, Gagal.! 

Nah, inilah orang-orang yang GAGAL mengekalkan keikhlasan diri.

Kita harus sedar apa tugas syaitan yang sebenarnya iaitu menghasut semua anak adam kecuali yang mereka yang berilmu. namun, harus kita ingat, ilmu di dunia sahaja tak cukup menampung amalan kita untuk dihisab di akhirat kelak. Ilmu akhirat juga diperlukan, kawan-kawan.

Nik Nur Madihah

Maka, inilah yang ingin dikaitkan tentang kisah pemuda dengan pokok yang telah saya tulis entri yang lepas.

Sebagai ibu bapa, saya katakan di sini, tak perlu bangga sangatlah kalau anak kita berjaya(erk, anak kita?) tapi kita tak mampu untuk mendidik anak kita tentang keikhlasan. Sebagai, ibu bapa kita kena terapkan dalam hati anak-anak kita apakah senjata untuk menghadapi musuh yang nyata itu yakni syaitan. Kita harus sentiasa ingat, kadang-kadang manusia digunakan syaitan untuk menolong mereka. Contohnya? Banyak, tak perlulah saya sebutkan di sini.

Secara kesimpulan yang ingin saya bawakan di sini  ialah Allah mengangkat darjat orang yang beriman yang didatangkan dengan ilmu. Faham tak maksudnya? Maksudnya orang yang beriman dan berilmu darjatnya lebih tinggi daripada orang yang beriman tanpa ilmu disisi Allah. InsyaAllah. Kerana apa? Ilmulah antara perisai kita untuk menghadapi godaan syaitan.

Notakaki: Alhamdulillahh selesai juga forum kali ini. Soofiyah cuma nak bagitahu teks ini bukan 100% daripada ahli panel.. Matilah soofiyah nak catat sebiji-sebiji.. Soofiyah ambil point dia dan olah ayat sendiri.. Agak-agak kalau ayat soofiyah salah mohon untuk menegur.. Maaf andai ada salah dan silap..

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)