07 June 2012

Alah, sunat je pun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia

"Dah solat asar?"

InsyaAllah.. rata-rata dah solat.

"Tadi buat solat rawatib, tak? Dah baca mathurat?"

Eh, tak buat? Kenapa?

Heh? Sunat aja?
Soofiyah tahu dekat sini ramai pandai matematik.. Jom mengira.


Dalam satu hari kita solat berapa minit?
5? 10? 15? 20? 
ke tak sampai seminit?
soofiyah bagi peluang.. ok 10 minit.
satu hari kita solat berapa kali ye? yang wajib?
      10
X     5
      50
(cara kira budak darjah satu)
baru 50 minit..
ke mana kita punya 23 jam 10 minit tu lagi?

Nabi pernah bersabda: “Waktu paling hampir antara hamba dan Tuhannya ialah ketika dia bersujud (dalam solat). Oleh itu perbanyakkanlah sujud .”

Kita sujud berapa saat ?
Katakanlah 5 saat.
5 saat  X 34(bil sujud dalam sehari) = 170 saat.
170 = 2 minit 50 saat.?
maksudnya kita hanya dekat dengan Allah hanyalah 2 minit 50 saat?
mana laga 23 jam kita tu?
online?

Come onlah weh,
tahulah cuti dua minggu. Takkan dengan Allah pun nak cuti?

Memanglah setiap perlakuan kita kalau kita niat kerana Allah akan jadi ibadah.
Persoalannya: berapa orang yang ingat Allah dalam melakukan sesuatu?
Renung-renungkanlah..

Eh, cakap pasal sunat..
Dah sempurnakah yang wajib sampai tak perlu yang sunat?

Rasulullah yang maksum tu pun solat sunat sampai kaki bengkak.
Kita? Hebat sangatkah? Lagi hebat daripada nabi?

Memanglah kalau kita tak buat tak dapat dosa.
Tapi itukan yang akan tolong kita di akhirat.
Kalau dekat dunia ni
Allah hantar manusia untuk menjadi orang tengah kita dengan Allah
untuk memudahkan urusan kita di dunia

Maka di akhirat,
amalan-amalan sunatlah yang Allah jadikan sebagai orang tengah kita
untuk mendapat rahmat dan memberatkan amalan kebaikan kita.

usrah: salah satu cara mencas iman kita.

Soofiyah rasa readers di sini dah pandai mengira, kan?
notahatihawa: Fiuh, penat ni menulis dengan penuh emosi..

3 comments:

  1. aku sendiri xleh nak istiqamah kot buat solat sunat.

    memang syaitan ni jahat.

    Hmm. :'(

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)