01 June 2012

Jangan jadi lelaki dayus!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia...

Kaum adam di sana, siapakah sebenarnya diri anda?
  • Jutawan?
  • Dato'? Tan Sri?
  • ANAK Dato' @ Tan Sri?
  • Pelajar cemerlang?
  • Perdana Menteri?
  • mahasiswa luar negara? atau;
  • pelajar SAMT?
Wahai kaum adam di luar sana, 
di sini seorang hawa ingin bertanya?

Apakah anda tegar digelar DAYUS?
TIDAKKAN? Siapa hendakkan gelaran dayus itu..
Tapi ingat wahai kaum adam

Tak guna kalau jawatan kita tinggi mana pun, belajar pandai mana pun, handsome manapun
tapi kalau pengecut anda adalah dayus.


Nah, mana bukti anda sayang isteri, anak perempuan, kakak, adik perempuan dan kekasih sekalipun sampai anda tegar membiarkan mereka lalai pada duniawi.
Tegar mebiarkan mereka ditolak ke neraka dan anda ikut terjun ke neraka?


4 JENIS LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA 

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..


1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

sumber :  UAI

Cara-Berpakaian-Bagi-Wanita-Muslim
Rasanya ramai dah sedia maklum, tapi kenapa ada yang tak ambil peduli?

Wahai kaum hawa
ingin diingatkan di sini tak perlulah bersusah payah menarik lelaki yang terdekat bersama kita ke neraka..
Kerana ia menunjukkan kita telah membantu syaitan & iblis..

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)