05 June 2012

Malu itu sweet

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia


Sweet ajekan gambar atas ni..

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Malu dan iman itu adalah teman yang seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (tiada), nescaya terangkat (tiada) juga yang satu lagi." (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bagi setiap agama ada tatasusilanya atau ciri-ciri istimewanya, maka untuk Islam ialah sifat malu." (Hadis riwayat Malik)

Apabila seseorang mukmin ada sifat malu, insyaAllah terselamatlah dia di akhirat kelak.

Diriwayatkan oleh sahabatnya, Abu Sa'id al-Khudri yang bermaksud: "Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu dan lebih pemalu daripada seorang anak dara dalam kelubungnya dan apabila Baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu melalui wajahnya." (Hadis riwayat Muslim)

Jagalah bahagian-bahagian iman untuk pelihara iman kamu..


Wahai kaum hawa, peliharalah malumu. Janganlah menjadi perangkap kaum adam di sana dan jangan terperangkap.

“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki”. (Riwayat Bukhari)

Malulah wahai wanita untuk menjadi Fitnah TERBURUK..

notahatihawa: Tak larat nak taip panjang-panjang.. Semoga ia menjadi pedoman kalian

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)