23 June 2012

Mereka dan kita

Ketika kita sibuk melayan facebook dengan leka,
 mereka sibuk bermunaqasyah menyusun stratergi

Ketika kita sibuk memegang henset menunggu mesej,
mereka sibuk bersenjata dengan menunggu musuh

Ketika kita sibuk tidur dengan enak dibuai mimpi,
mereka bangun mendirikan qiamullail

ketika kita menangis ditinggalkan pakwe,
Mereka menangis ditinggalkan keluarga.

Ketika bangga anak kita berjaya masuk universiti,
Mereka bangga anak mereka syahid.

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.

Huraian
Islam bukan sekadar satu perkataan yang disebut oleh lidah,
bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman,
juga tidak bererti kelahiran seseorang yang ibu bapanya muslim.
Kita sering mengatakan tentang Islam akan menang,
Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu?
Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir dan tidak akan pernah berakhir.
Di manakah kita ketika saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa?
Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik?
Pernahkah lidah mengucapkan doa kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini?
Apakah sumbangan kita untuk mereka?
Sebenarnya bangsa atau umat yang menjadi pilihan Allah yang akan sentiasa diberikan kemenangan ialah bangsa MUSLIM yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit.
 ~ insyaallah .

Readers sekalian,
Pada hari kiamat nanti, semua manusia akan saling menuduh satu sama lain.
Tapi janganlah sehingga orang palestin datang dan menuduh kita di hadapan Allah
"ya Allah, inilah manusia yang tak pernah mendoakan aku, tak pernah ingatkan aku, tak pernah bantu aku untuk menyelamatkan masjid al Aqsa"

Malu kita dengan orang palestin..

tontonlah video ni.
Tak lama pun. Sekejap sahaja.



notahatihawa: Atau ada dalam kalangan kita yang tak mengaku kita bersaudara?

3 comments:

  1. mereka dipilih Allah untuk diuji kesusahan sehebat itu...
    kita dipilih Allah untuk diuji dengan kesenangan ini...
    mereka berjaya menghadapi ujian, tapi kita ramai tersungkur

    ReplyDelete
  2. keri ikhwan allah maha membolakbalikkan hati
    FaRIs FIzRi sedih sgt.. tapi mreka kuat

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)