02 June 2012

Senyap..!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia..

Sedar tak kita semakin banyak kita bercakap,
semakin bertambah dosa kita dalam kita tak sedar..

Kita tak tahu,
kadang-kadang kita terlepas kata,
kadang-kadang kita 'ter'menipu.
kadang-kadang kita 'ter'mengumpat,
Dah seronok-seronok menipu, mengumpat kita gelak sampai lupa akhirat(bukan lupa dunia)
Hati semakin gelap,
Bila hati gelap, cahaya susah masuk..

Jadi, mencegah itu lebih baik daripada merawat..
Ya, soofiyah pun banyak cakap juga
tapi sama-samalah kita cuba ...(erm.. tak tau nak cakap apa)


Tips kurangkan bercakap versi hati hawa

1- Banyakkan menulis
Agak-agak kalau nak keluarkan apa yang terpendam dalam otak tu, menulislah.
takut-takut kalau kita tak puas hati dengan orang, kita cerita pada orang lain jadi mengumpat pula.
tapi lepas tulis tu buang ya.. Jangan bagi sesiapa baca..

2- Sibukkan diri
Ya, ramai tak suka buat jadual.. Menyusahkan diri dan orang lain. Tapi sebenarnya itulah yang membantu kita. Soofiyah sarankan tak payah buat jadual sampai rangka dalam kertas, tampal kat dinding dan etc. Confrim tak akan ikut. Elok, sebelum ke sekolah(budak sekolah), bangun tidur, tengah mandi ke(termenung),-bagi bukan budak sekolah(penanam anggur) rangka jadual dalam otak..
Contoh; pergi sekolah ~ solat zuhur ~ buat homework~ mandi ~studi ~ makan ~ solat ~studi ~ tidur(macam jadual aku je)
Tak payah set masa segala, sebab korang tak akan ikut, kecuali kalau korang mampu..

3-Cakap sorang-sorang
yeah, ni selalu korang buat, kan. daripada korang buat fitnah, sebarkan dengan orang lain ke, baiklah korang sebarkan kat dinding.. Taklah tersebar terlalu luas fitnah tu. Tapi cara ini agak berisiko.. (Dah pernah cuba..=D)

4-Memberi peringatan
Kalau betul tak boleh, tahan dan korang perlukan respons ketika bercakap, bercakaplah tentang perkara yang berfaedah.. kalau dah rasa-rasa perbualan korang tu sia-sia, cepat-cepatlah hentikan pebualan korang tu atau tukar topik yang berfaedah.

5- Zikir
Basahkan lidah dengan berzikir bukan kotorkan lidah denga mengumpat, menipu atau menabur fitnah.
Ingat Allah sentiasa.. Kan lebih elok..Insya-Allah


Sekian petua daripada soofiyah.. Tak tahu membantu ke tidak..
maaf kalau tak membantu sebab soofiyah pun tak tahu apa yang soofiyah merepek dekat post kali ni

2 comments:

  1. mcm mane nk bt 'ini bkn iklan churpchurp ' tu ? ade tutorial x ?

    ReplyDelete
  2. cikgu ganu tak ada sebab rasanya ini tak perlukan tutorial kot.. cuba tambah add gadget & html & javaskript dekat page elements

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)