21 July 2012

Hijrah perlu konsisten


Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia
Dan Salam Ramadhan

Akhirnya bulan Ramdhan yang kita tungu-tunggu datang juga.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kita untuk mencapai Ramadhan.
Menambah amalan memperbaiki iman

Bulan Ramadhan adalah bulan paling mudah bagi kita untuk berhjrah kerana syaitan tak ada untuk mengganggu amalan kita.
Yang ada cuma nafsu sendiri untuk kita lawan.
Persoalaannya:
Selama-manakah kita mampu mengekalkan penghijrahan kita?
Adakah kita hanya hangat-hangat tahi ayam?

Hukama' mengatakan 'Orang yang tak mampu istiqamah adalah kerana permualaanya'
(Geez, tak silaplah. lebih kurang macam ni.  Lupa-lupa ingat)

Maksudnya, apa yang disampaikan di sini, 
sebelum kita nak berubah,
Kita kena membuat persediaan yang rapi.
Perancangan yang baik.

Nak berubah ke arah kebaikan itu memang susah kerana ia membeli ketenangan hati.
Ingat hati yang tenang dan lapang ni murah ke?

Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
 [Riwayat Al-Bukhari & Muslim] 


Berlumbalah membuat kebaikan pada bulan Ramadhan.
Cemburulah pada meeka yang suka membuat kebaikan
Seperti mana Umar al-Khattab mencemburui kebaikan Abu Bakar


No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)