26 August 2012

Cinta Allah Tak Mengecewakan

Bismillahirrahmanirrahim
Asslammualaikum dan salam satu Malaysia

Sabda Rasulullah
Allah Berfirman.... Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari. (Riwayat Bukhari)

Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu
Kenapa suka bersangka buruk dengan allah setiap kali kita ditimpa ujian.
Bukankah Allah nak tolong kita supaya kita dekat dengan-Nya?


Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. 
Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. 
Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.

Subhanallah.
Apa lagi yang kita nak dalam dunia ni?
Allah dah meluaskan rahmatnya seluas-luas yang mungkin.
Kenapa kita tak pernah bersyukur?
Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Lihat, Allah suruh kita bersyukur sahaja.
Allah akan tambah nikmat kepada kita..
Kenapa sedikit sahaja dalam kalangan kita yang bersyukur?

Wahai Sahabat yang kusayang kerana Allah,
Cintailah Allah.
Cinta Allah tak pernah mengecewakan dan cinta Allah adalah cinta yang pasti.

Andai kita ditimpa ujian,
Bersyukurlah
Kerana Allah rindukan kita
Allah rindu kita mengadu padaNya

Dan mengadulah kepada Allah.
mengadulah sepuas-puasnya.
Jangan malu untuk menangis.

Hanya Allah yang faham kesusahan kita.
Allah pencipta kita
Allah pemberi ujian kepada kita.
Semestinya hanya Allah yang tahu keadaan kita.

Maghfirah Allah itu luas...

Bagaimnakah CARANYA untuk membuatkan diriku DICINTAI oleh seseorang..?? 

 Ibnu al-Qayyim menjawab,
" CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI-NYA untuk DIRIMU."

 Imam Syafie pula menjawab,
"..Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita .."

5 comments:

  1. Allah tak pernah melupakan kita..
    dan Allah malu untuk tak memakbulkan doa kita bila kita berdoa.. :)

    ReplyDelete
  2. sungguh menyentuh..cinta Allah,cinta high class :)

    ReplyDelete
  3. Dalam bercinta pada NYA. Allah menguji. Apa itu benar-benar cinta?

    ittaqullah.

    ReplyDelete
  4. peringatan yg baik ain.. entry terbaru MD pun pasal syukur jugak.. kadang2 kita ni sering terlupa dan perlu sentiasa diingatkan =)

    ReplyDelete
  5. subhanallah..cinta Allah cinta high class dlm kehidupan manusia :)

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)