06 August 2012

Peristiwa 17 Ramadan

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia
Ok, siapa tahu peristiwa 17 Ramadan?

fine, tak ada siapa yang jawab.
Biar Soofiyah ingatkan balik peristiwa 17 Ramadan

Nuzul AlQuran
Rasanga yang ni tak payah bagitahu pun tak apa, kan?
Semua dah tahukan?

Dan orang-orang yang kafir berkata:
"Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada
Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?"
Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu
kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya,
dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu). (Al-Furqan, 32-33) 
Asbabun nuzul dalam bahasa Melayu bermaksud
sebab-sebab sesuatu ayat itu diturunkan.
Al-Quran ini telah Allah turunkan ke Luh Mahfuz secara sekali gus,
tetapi diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur2.

Sebahagian ayat-ayat Al-Quran merupakan refleksi kepada sesuatu peristiwa.
Peristiwa itu merupakan sebab ayat itu diturunkan,
dan ini akan memberi kefahaman yg lebih jelas
tentang risalah Allah yg disampaikan oleh Rasulullah.

 Perlu diingatkan bahawa peristiwa-peristiwa yg berlaku itu
telah tersurat dalam takdir Allah akan berlaku dengan kekuasaanNya,
selari dengan ayat Al-Quran yg diturunkan beransur2 kepada Nabi S.A.W

Al Quran tidak diturunkan sekaligus kpd Baginda Mulia Rasul Allah saw,
Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dlm masa
23 tahun ( atau tepatnya 22 tahun 2 bulan dan 22 hari ),
13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

sumber:http://fenditazkirah.blogspot.com/2011/08/nuzul-al-quran-sejarah-al-quran-antara.html

Peperangan Badar

Bukan gambar sebenar, ya.
Gambar mana entah, aku rembat.

Berapa ramai tentera muslimin dan kafir dalam peperangan badar?
Jangan sampai, baru tahu yang 17 Ramadan adalah tarikh peperangan badar sudah.
“…Betapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah: 249)
Tapi cuba renungkan kembali,
Keapa umat Islam zaman sekarang yang ramai masih tak mampu lawan
israel yang bilangannya jauh lebih sedikit daripada kita?
Rasulullah s.a.w bersabda : "Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ". (Hadis Riwayat Abu Daud)
info tambahan:http://mujahidinmukhlis.blogspot.com/2012/08/badar-kubra-ibrah-yang-istimewa.html


notahatihawa: Lepas sahur, terus naik atas buka lappy
Idea dah datang, baik terus keluarkan..=D

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)