23 August 2012

Saya takut kecewa!

Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia

Situasi 1

 
Cik Kiah bercita-cita menjadi sorang doktor. Jadi, Cik Kiah belajar bersungguh-sungguh. Cik Kiah sedar dia tidak sepandai rakannya yang lain. Namun begitu, Cik Kiah tak berputus asa. Dia terus belajar sehingga akhirnya dia tak berjaya dalam SPM.


Situasi 2 


Cik Siti pun nak jadi doktor. Cik Siti juga tahu yang dia tak sepandai rakan-rakannya yang lain. Baginya 'Aku belajar kerana nakkan ilmu bukan kerana periksa'. Jadi dia belajar sambil lewa. Dan akhirnya dia juga kecundang dalam SPM




Dah meneliti dua situasi di atas?
Permulaan dan pengakhiran yang sama. Tapi kita masih mampu menilai mana satu yang lebih baik walaupun dua-dua tak berjaya dalam SPM.

Mari kita nilai

Kenapa di sini saya kata Cik Siti seorangg yang suka berdalih.
Cuba teliti balik kata-katanya.
Saya belajar kerana nakkan ilmu buka kerana peperiksaan
Nampak macam baikkan?
Sedar ataupun tidak Cik Siti telah menggunakan alasan itu untuk tidak belajar bersungguh-sungguh dan sambil lewa.
Kita tak nampak sejauh mana Cik Siti membuktikan kata-katanya bahawa dia belajar kerana ilmu?

  • Dia belajar sambil lewa.
  • Dia tidak menunjukkan bahawa dia cinta pada Ilmu.

Jadi, saya simpulkan di sini bahawa prinsipnya itu hanyalah omongon kosong.

Ok, our next point is
The importance of positive thinking.
Walaupun Cik Kiah sedar yang dia tak berapa pandai, tapi dia tetap berusaha walaupun masih tak berbajaya.
nak tahu kenapa saya katakan Cik Kiah lebih baik daripada Cik Siti?

Ok, ramai daripada kalangan kita sendiri takut untuk berusaha sebab takut frust lepas ambil result nanti sebab kononnya kita tahu sejauh mana kemampuan otak kita.
Tapi hampa semua ni sedaq tak yang tanggapan hampa ni salah!(Orang penang dah mai dah)
Walaupun kita tak berjaya, sekurang-kurangnya kita tahu di mana kelemahan kita.

Berbalik pada Cik Kiah tadi, Melalui keputusan SPm yang dia dapat dengan usaha dia tu, dia tahu dia boleh jadi apa kalau tak dapat jadi doktor berbanding dengan Cik Siti yang satu haprak tahu nak jadi apa sebab tak ada usaha..

Faham tak?
Ingat, Allah tu Maha Adil..

notahatihawa: kalau tak faham boleh contact saya di 01........ (comment ajelah)

4 comments:

  1. kesimpulannya cik kiah kena banyak usaha lagi ni.. hehe.. caiyok2 cik kiah.. dan selamat hari raya jugak =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)