03 August 2012

Usrah : Taat dalam maksiat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia


Ok, nampak tak air sirap ni?
Ish, sedapnya.. dah lah tengah puasa ni.. (kejap lagi dah nak berbuka ok)

Soofiyah tak nak cerita tentang keenakan air sirap ni.
Tapi, soofiyah nak korang cuba berfikir macam mana nak pisahkan air sirap tu kepada 
sirap yang pekat dan air kosong seperti asal.
Faham tak?

maksudnya soofiyah minta korang fikir nak asingkan antara

   DAN 


Soofiyah bagi masa 5 minit je.. (Sebab dah nak berbuka ni)
Tak boleh, kan?

Macam tu jugalah dosa dan pahala..
Dosa dan pahala apabila disatukan maka kita akan nampak dosa
seperti air kosong dan sirap bila dicampurkan akan nampak?
SIRAP!!

Maka, pisahkanlah antara maksiat dan taat.
Tidak mungkin kita hendak melakukan kebaikan,
kemudian kita campur adukkannya dengan kejahatan. Hendak ke syurga,
tetapi memilih jalan ke neraka,
mana mungkin sampai ke syurga.

 Ada suatu kaedah syara’ yang berbunyi bermaksud :
 “Yang baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syara’, yang buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syara’.” 
 Itulah neraca kita dalam menentukan baiknya sesuatu perkara.
 Kita buat sesuatu mengikut apa yang Allah suka,
bukan apa yang manusia suka.
Kita buat sesuatu mengikut apa yang Allah mahu,
bukan apa yang manusia mahu.

 Maka, kalau kita hendak ikut apa yang Allah mahu,
hendak suka apa yang Allah suka,
tunduklah penuh ketaatan kepada Dia dan tinggalkanlah kemaksiatan !

Ok, soofiyah rasa cukuplah analogi yang soofiyah berikan..
Harap korang faham apa yang soofiyah nak sampaikan hari ini..
Analogi ni kak Atiqah yang bagi dalam program GEGAR di SAMT..

Thanx to usrah sebab sudi ingatkan soofiyah pasal post ni..
Seriously, lupa gila tau..!

1 comment:

  1. Tq sebab remind kan.Suka contoh yg diberi.Kreatif <3

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)