30 September 2012

Hindari sikap ini !

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia

Untuk post usrah minggu ni ialah
'sifat mazmumah yang kita benci dan kenapa'
Sifat ni memang susah nak dielakkan
Sebab tu Soofiyah benci sangat-sangat.

RIAK!

Apa maksud Riak?
Tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Apa bezanya dengan ujub dan takbur?

Ujub
Bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.
Takbur
Berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain.
sumber: http://mikaelmuallaf.blogspot.com/2012/02/takbur-ujub-riak.html

Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

See?
Maksudnya buat penat saje kita buat amalan tapi tak dapat apa-apa termasuklah redha Allah.
Buat apa kita dipandang tinggi di mata manusia tapi darjat kita sangat rendah di mata Allah.


Semoga kita dapat hindari diri daripada sifat riak amin..
notahatihawa: soofiyah dah ada tumblr..=D http://ainsoofiyah.tumblr.com/

6 comments:

  1. pangkal lain tapi maksud yg menurus ke arah yg sma..ya allah jauhkan hati2 kami dri sifat mazmumah yg dibenci oleh MU.Jagalah hati kami seperti menatang minyak yg penuh

    ReplyDelete
  2. Saya nak join group usrah. Rasa macam menarik dapat share ilmu bersama.

    ReplyDelete
  3. perkongsiana yg baik.... salam jumaat. semoga Allah redha

    ReplyDelete
  4. mudah2an dijauhkan dari sifat2 macam ni..

    salam kenal..follower baru ;D

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)