16 September 2012

Jaga lidah anda

Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum dan salam satu Malaysia
Dan Selamat menyambut hari Malaysia..=D

'Kata-kata lebih tajam daripada pedang'

Pernah dengar pepatah ni?
Of courselah pernah, kan.
sumber: buku apa ertinya saya menganut islam

Dalam banyak-banyak akhlak kenapa soofiyah merahkan yang memelihara lidah?
sebab ini lah yang ramai antara kita buat..
Dan soofiyah tak nafikan soofiyah tergolong sekali.

Seorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbualan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan yang kosong, mengempat-keji dan mengadu-domba.

1- Mulut laser
Satu hari soofiyah berbual dengan kawan soofiyah. Soofiyah tanya pada dia "Apa yang kau tak puas hati pada aku" Dengan selambanya dia jawab, "Mulut kau laser" Pergh, straight to the point bhai.. Tapi tak kisah pu.. Biasa je. And soofiyah tahu memang mulut soofiyah laser pun..

Nak tahu apa beza mulut laser ni dengan mulut tak laser.?
Mulut laser:

Mulut tak laser :
See? Nampak tak beza orang mulut laser dengan yang tak laser. Yes, mulut laser ni berkata sebelum berfikir.
So, apa-apa yang nak dilakukan, berfikir dulu. Yes, mostly among of those who has 'mulut laser' ni akan cakap,
"Kita tak sedar, bukan kita nak pun ada mulut laser ni. Itu adalah diri kita yang sebenar(kononnyalah)"

Because kadang-kadang pun soofiyah fikir benda ni juga, tapi cuba korang try kurang bercakap selama seminggu sahaja.. And korang akan tahu betapa sakitnya telinga orang sekeliling anda dengar ayat laser korang. Trylah..

2- Mengumpat
Ok, tak kupas panjang.. Cukuplah korang tengok video ni..=D



Imam Nawai mengatakan:
Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya maka mengikut sunnahnya lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang

5 comments:

  1. laser yg keluar dari mulut memang menyakitkan.. haha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Lidah seringkali jadi punca perbalahan antara manusia.

    Sebab tu keluarnya hadis dari mulut Rasulullah S.A.W "Berkatalah baik atau diam!"

    ReplyDelete
  3. betul2 sebab lidahlah kita bleyh hilang kawan...so jagalah lidah anda

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)