29 November 2012

Biar dia dengar nasihat kita

Negara Malaysia kaya dengan bangsa 
Bangsa Melayu kaya dengan adat 
Kaum Wanita kaya dengan sifat malu 
Agama Islam kaya dengan adab dan akhlak
*sila abaikan kalau tak sedap



Next, tadi soofiyah baru terbaca artikel IluvIslam dan tertarik dengan panduan yang dibekalkan Islam untuk menegur orang  lain. Artikel ni dah lama, tapi soofiyah nak sharekan juga.

1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur
Ok, cool, relax, jangan melenting. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur ni tak bermakna orang bawahan tak boleh tegur oarang yang di atas.. Definately wrong! Maksudnya di sini jagalah kata-kata kita. Jangan cakap benda yang menyakitkan sampai menjatuhkan maruah orang tersebut.

Contoh, kita tegur di tempat yang terbuka sampai orang lain boleh dengar.
Ataupun kita cakap
"Kau ni nampak je baik, sopan rupa-rupanya suka mencuri. Mecuri tukan berdosa."
Nak kena pelempang buatlah macam ni.
Ataupun kita memperkecilkan dia;
" Belajar tinggi-tinggi tapi cara nak solat pun tak tahu"


2) mencari waktu yang tepat
Jangan tegur orang yang sedang ada masalah. Waktu dia tengah fikirkan tentang masalah dia, dia terjah dia. Jangan tambah masalah dia. Kesian dia tau. Cari waktu senggang si dia. Waktu dia rasa relaks.. ok? Arachi?

3) memahami kedudukan orang yang ditegur
Be a good listener. Cuba faham kenapa dia jadi macam itu dan kenapa dia tak buat benda tu. Maybe dia ada sebab tertentu yang dia tak jumpa solusinya lagi. Tak salah kalau kita cuba bantu dia cari solusi dan beli majalah solusi. Jangan bertindak terburu-buru. Dia lebih perlukan telinga kita berbanding mulut kita barangkali. Amaran: jangan memaksa dia.


Soofiyah rasa sampai di sini sahajalah soofiyah berbicara.. Segala salah dan silap soofiyah mohon ampun dan kalau rasa ada yang perlu diperbetulkan sila tegur dan doa supaya soofiyah mampu menerimanya dengan hati  yang terbuka. >Klik<

4 comments:

  1. betul2..nasihat tu biarlah diberikan atas dasar untuk mentarbiyah diri sendiri dan org yg dinasihati...bkan untuk mencari kelemahan org lain semata-mata =)

    ReplyDelete
  2. betul2.. nakmengur orang biarlah dengan cara yg berhikmah..
    dan buat yg ditegur tu pulak, jgn lihat org yg menegur tapi lihat pada apa yg ditegur :)

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)