21 November 2012

Klinik Hati ♥

Siapa dekat sini pernah mengumpat, cepat marah, hati tak tenang, malas dan banyak lagi negatif. Mesti ada, kan. Nama pun manusia. Kita takkan terlepas daripada melakukan dosa hatta dosa sekecil zarah. Tapi jangan risau selagi kita ada usaha untuk bertaubat, Allah akan ampunkan. 

Kadang-kadang kita terlalu menjaga kesihatan badan kita sampai terlupa nak menjaga kesihatan hati.. Memang, menjaga kesihatan badan itu tak salah dan saya tak cakap terlalu menjaga kesihatan badan, kesihatan hati akan terabai. jadi, kita perlu seimbang.

So, hari ini soofiyah nak buka  klinik hati kepada sesiapa rasa hati dia bermasalah. Soofiyah juga akan menjual memperkenalkan ubat-ubat yang dengan izin Allah untuk menyembuhkan penyakit dalam hati.

Ubat hati yang berpenyakit
* sila klik gambar kalau sayangkan mata anda

Next, kalau dah makan semua ubat tu, korang boleh check sama ada hati korang dah sihat ke belum. Eh, yang tak makan pun boleh tengok juga. Kalau ada semua tu, alhamdulillah. Kalau tak ada semua tu, makanlah ubat tu ye.

Tanda-tanda hati yang sihat

Ok, kalau rasa hati dah sihat, adalah sangat penting bagi kita untuk mengekalkan kesihatan hati kita. Pentingya!

Mengekalkan kesihatan hati


Terima kasih kepada sahabat soofiyah, Siti Nur Khairunnissa dan Nur Fitriah sebab tolong soofiyah buat 'projek' ni. Semoga Allah bantu dan rahmati kalian. Aaa... Isi ni pun soofiyah ambil daripada genQ tak ingat isu ke berapa..=D

Dalam surah al-waqiah ayat 83-85:
"Maka kalau begitu mengapa (tidak mencegah) ketika (nyawa) telah sampai di kerongkong. Dan kamu ketika itu melihat. Dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu tetapi kamu tidak melihat"

Notahatihawa: tak payah pelik sangat ya blog ni warna pink..


11 comments:

  1. sama-sama re-check hati kita
    : )

    #da boleh jd assistant dr.cinta nihh..keep it up yee..truskan dgn entry2 yg best yg berunsur nasihat dan dkwah : )

    ReplyDelete
  2. NorFarahin@aien insyaAllah.. assistant? haha.. perjalanan masih jauh..

    ReplyDelete
  3. seketul daging yg baik ,maka baiklah seluruhnya, itulah hati.. ^^

    ReplyDelete



  4. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  5. salam dik. =)
    kalau penyakit mls tu,selalu sgt.huhuu~ tips yg sgt beguna.tq =)

    ReplyDelete
  6. Setuju sgt dgn kak Maera tu.Penyakit malas memang selalu sgt.Tapi,in shaa Allah,kita blh kurangkannya bila amalkan tips2 tu. Sama2 kita berusaha! ^_^

    ReplyDelete
  7. ariff al-baqi sbb 2lah kne jagi hati baik2
    Khumaera Ismail aka Mariam Ismail haha... smela kite..
    ana fatihahallah akan bantu hambanya yg berusaha

    ReplyDelete
  8. Nice.. terima kasih sebab berkongsi.. :)

    Sama2 kita merawat hati..

    ReplyDelete
  9. kreatif dan padat pengisiannya. :)
    nk gi letak ubat hati kejap :)

    ReplyDelete
  10. Syukran Soffiyah. Alhamdulillah..

    pengisian dan peringatan yg akk sgt2 perlukan waktu2 skrg ni. thanks sesangat

    ReplyDelete
  11. Nurrul most welcome..=D
    keri ikhwan hah, letak cepat sevelum dminta bayaran.. hehe
    Hani UzmaaAlhamdulillah..=D

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)