09 December 2012

Kehebatan generasi alQur'an yang unik


Baiklah, syukur kepada Allah akhirnya saya dapat juga idea nak update entri setelah sekian lama tak update. Tengah selak-selak buku-buku nota akhirnya terjumpa pula nota ni. Elok rasanya kalau dikongsi bersama dengan readers. Dalam kelima-lima perkara tersebut, saya ak fokuskan dulu tentang alQur'an.

Sungguh, saya sangat kagum dengan insan-insan yang masih mampu berpegang dan mengamalkan ajaran alQur'an pada era ini iaitu zaman alQur'an telah dipinggirkan. Baiklah sekarang kita fokus kehebatan generasi alQur'an yang unik ini.

Mereka yang mengamalkan ajaran alQur'an telah dijamin oleh Rasulullah bahwa mereka tidak akan sesat selama-lamanya selagi mereka juga masih berpegang pada sunnah.

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

See? Kita sendiri tak mampu jamin yang kita akan mati dalam keadaan iman yang teguh, sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

Selain itu, mereka yang mengamalkan ajaran alQur'an, mereka sentiasa berusaha untuk mencontohi akhlak Rasulullah. Ok, memanglah kita pun berusaha untuk mencontohi akhlak Rasulullah, tapi macam mana kita nak tahu akhlak Rasulullah kalau kita tak berpandukan alQur'an. Takkanlah nak mengharapkan orang lain yang bagitahu pada kita? Jangan taqlid semata-mata. Kaji dan praktis!

Dan ketika Siti aisyah Istri Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat apakah akhlak Rasululah SAW itu ? Siti Aisyah menjawab “ Kana Khulukuhul Qur’an “ : Bahwa akhlak Rasulullah SAW ialah Al Qur’an.

mengaji al-quran di rumah

Seterusnya, generasi alQuran ini juga mempunyai wajah bersih, jiwa yang tenang dan kekuatan rohani. Tak percaya? Pernah nampak tak seorang lelaki/perempuan yang walaupun tak hensem/cantik sangat, tapi kita suka tengok dia. Mesti pernah, kan? Rasa macam hati dibuai-buai...*melebih-lebih pula aku nih..

Kemuadian jiwa yang tenang, of courselah sebab setiap kali dia ada masalah, dia ingat Allah dan yakin yang semua itu datang daripada Allah, buukan setakat tahu sahaja... Malah, apabila dia membaca alQur'an dia seolah-olah terpujuk dengan kalam Allah yang suci ini.

Ok lastly, (dah banyak sangat merepek ni) pernah dengar tak keputusan peperiksaan awam sekolah-sekolah tahfiz? mesti gempak punyalah. Siti Fatimah (17A1 1A2), Nik Nur Madihah (19A1 1A2), Azali Azlan ( 20 A1 1A2), semuanya berpegang pada alQur'an, kan. Kerana apa? kerana mereka bantu agama Allah, maka Allah bantu mereka. Saya pernah dengar alQur'an ni mengaktifkan otak. Tapi tak nak cerita panjang-panjang, baik korang buat research sendiri.. Alaa, sekarang research hujung jari sajakan?

Wahai orang yang beriman, jika kamu bantu agama Allah pasti Allah akan menangkan kamu dan akan menjadikan kaki-kaki kamu kukuh dihadapan musuh kamu


notahatihawa: berpeluh buat entri ni ^_^

10 comments:

  1. suke sangat entry ni. Kite dtg nak jemput awak join segmen baru kite utk naikkan follower. Harap sangat blog awak boleh join,kat sini: http://nakahime.blogspot.com/2012/12/segmen-cari-follower-by-nakahime.html

    ReplyDelete
  2. seronok nya kalau jadi generasi Al- Quran ni :)

    #still trying for it...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum :)

    Ya, benar. Antara generasi Al-Quran yang masih didapati ialah di negara Palestin. Semoga entri ukhti memberi kebaikan dan pahala kepada pembaca. Salam ukhuwah. Insha ALLAH.

    ReplyDelete
  4. Yura terime kasih.. ^_^
    Puteri Afiqah Try your best!
    Sufi Musafirsungguh kagum dgn warga palestin

    ReplyDelete
  5. Susah nak jumpa remaja yang hafal quran zaman sekarang ni. Memanglah ada. Tapi sikit je,kan? :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah , Quran itu memang hebat ! :)
    Nuna follow sini :)

    ReplyDelete
  7. sedang berusahe unt0k jd generasi al-Quran :) ..insyaAllah
    *follow

    ReplyDelete
  8. ari2 tgk muka ibu bapa,byk pahala..blm lagi menolong mereka..:)

    link Chot,Jom singgah :
    http://chot91.blogspot.com/2012/12/entry-bertarikh-12122012.html

    ReplyDelete
  9. Akmal Khalidah Remaja skaran dh x mnat mnghafal.. sgat tabik spe yg masih sudi..=D
    Nuna HusnaalQuran kn kalam Allah dn mukjizat Rasulullah.. Segale yg trjadi smuanye dgn izin Allah

    ReplyDelete
  10. Qil_H0shi Sama-sama kita berusaha
    chot ok..!Mudah, kan nk dapat pahala..=D

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)