24 December 2012

Saya ada masalah ! Apa yang perlu saya lakukan?

Apa khabar iman kamu semua?

"Dan mintalah pertolongan (dari Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk" al-baqarah : 45


Ada Allah suruh lari daripada ujian hidup? Allah cuma kita sabar dan solat.. Susah ke? oh, lupa pulak

sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk

Solat membentuk disiplin dan memperbaiki hubungan dengan pemilik seluruh alam. Sabar pula memberikan daya tahan kepada manusia supaya tidak cepat berputus asa. Masalah ialah cabaran bagi kita mengatasinya. Sekiranya kita faham dan melihat dari sudut positif, semua masalah adalah paksaan bagi diri kita mencari jalan keluar seterusnya bagi meningkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi. Kemajuan bermula daripada masalah. Yang membezakan kita ialah cara kita mengatasinya.

Kenapa Allah bagi kita masalah? Allah tahu sifat sebenar makhluk ciptaanNya. Apabila senang, manusia mudah berasa senang-lenang dan malas berusaha. Apabila mendapat kesusahan dengan masalah, barulah mahu bergerak mencari jalan keluar. Disebabkan masalah, kita ada telefon bimbit, mentol, internet, dan lain-lain. 

Menurut kajian 78% manusia akan minum arak apabila ada masalah.. Ok, tak. TIPU JE. Tak ada kajian-kajian ni. Terbaca buku ada yang kata bila kita minum arak kita akan rasa masalah tu hilang dan terbang dan apa-apa ajelah. Tapi sedar atau tidak, bila kita minum arak , masalah tetap akan berada di sebelah kita. Tapi yang terbang dan hilang itu akal. Selepas sedar daripada mabuk, masalah tu datang semula. Malah ditambah lagi dengan masalah lain yang kita sendiri tak sedar kita sudah melakukannya ketika mabuk.Nauzubillahiminzalik.

Para artis pula menyarankan untuk melakukan yoga. Islam tak melarang perkara yang baik. Tak kira perkara baik itu datang daripada pihak mana sekalipun selagi ia tidak menjejaskan akidah dan tauhid  kepada Allah.

Sekiranya, awak diberikan dua pilihan untuk menenangkan perasaan dan menghilangkan masalah, mana satu yang akan awak pilih?

Pilihan pertama, dilakukan dalam masa sepuluh minit sahaja. Kemudian fikiran awak tenang dapat melihat jalan keluar dan usaha yang perlu awak lakukan bagi mengatasi masalah dan kemudian berjaya mengatasi masalah itu.

Pilihan kedua, awak bertafakur selama berapa jam melupakan masalah itu dan mengosongkan minda. Selepasmencapai ketenangan minda, masalah itu datang semula kerana awak tak cuba menyelesaikannya.

Jadi, mana satu yang awak pilih? Yang mana lebih efektif? Tepuk dada, tanya iman

Rujukan: novel Syahadah gadis Ateis

5 comments:

  1. betul tu... jujur la, ena ni memang kadang2 ada rasa malas nak solat... sedangkan bukan susah pun... hurmmm.. syaitan syaitan, MasyaAllah

    ReplyDelete
  2. Allah.. Allah.
    Syukran ukhti mmbuatkan izni berfikir lg tentang ni. patutlah susah nak tenangkan fikiran... syaitan...nafsu... mmg kne byk2 istighfar lagi.

    pssst : novel tu best tak?

    ReplyDelete
  3. Selalu je tengok kdrama. Kalau ada problem ke hape minum arak.

    -________-

    The best solution isssssss solat! :)

    ReplyDelete
  4. setuju.. minum arak takkan menyelesaikan masalah :)

    #saya pon dah baca nvel syahadah gadis ateis tu.. best sangat !

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)