13 December 2012

Takdir Allah itu Indah


Semua orang pernah melalui saat kesukaran, semua orang pernah berasa sedih, semua orang akan ditimpa dugaan dan ujian. Tapi tak semua orang yang mampu bertahan, tak semua orang yang serahkan segalanya kepada Allah dan tak semua orang yang bersyukur.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? al-ankabut:3

Bukankah mengeluh merupaka satu kerugian yang sangat sangat sangat besar sebab pada waktu itulah peluang kita untuk membuktikan kepada Allah bahwa kita benar-bena beriman dengan hati yang tulus dan ikhlas..

Kenapa nak mengeluh, bukannya Allah memberi kesulitan kepada kita pada setiap masa. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan mahupun seumur hidup.? Allah juga beri kita nikmat untuk gembira, senang, berlapang dada.

Satu hari, soofiyah mengadu dekat sahabat soofiyah 'aku tensionlah, masalah bertimbun*gaya mcam masalah rumahtangga je.. hihihi ' Satu kata-kata sahabat soofiyah, Balqis Azhar yang buat soofiyah kembali celik mata... *mata dah banyak kali tercelik pun.. Ok, celik hati..

Rasulullah pun diberi ujian dan kesulitan malah lagi hebat daripada kita. Tapi pernahkah kita dengar even dalam hadis ke, Rasulullah mengeluh? Pernahkah kita dengar Rasulullah cakap 'aku tensionlah jadi utusan Allah. Penatlah berdakwah dengan kaum musyrikin?. Pernahkah?

Ya, mungkin ada di antara kita yang cakap 'Rasulullah tu  nabi, aku bukan nabi'. Ok, kalau macam tu, apa guna Rasulullah diutuskan ke dunia ni?

Tidak lah aku (Nabi SAW) diutus melainkan (antaranya) untuk menyempurnakan akhlak yang baik / mulia


Kepada sesiapa yang lupa, soofiyah nak ingatkan korang balik
Rukun iman kita ada enam,

  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada malaikat
  • Beriman kepada Kitab
  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada hari kiamat
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar

Tolong jangan pandang remeh tentang rukun iman, ia membabitkan soal akidah awak.. Terima kasih

Korang pun dah banyak kali pernah dengar, kan pepatah ni.
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat serta hujan,kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilangnya matahari.. rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi yang cantik.
“..Saya meminta kekuatan, tetapi Allah memberikan saya kesulitan yang membuatkan saya kuat ” — Salahudin Al-Ayubi.

9 comments:

  1. Bukan nabi.
    Tetapi boleh jadikan kehidupan kita mirip-mirip nabi.
    Insyaallah, kita cuba.
    (^__^)y

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
  2. betul tu soofiyyah.. cuma kadang2 kita ni tak mampu hadapi masalah... manusia ni lemah, tu ada yang sanggup keluar dari islam.. iman tak kuat..

    ReplyDelete
  3. RuMaH TuApde pendapat sye, kte kne jalani khidupan sperti nabi, krane nabi adalah tauladan, tpi iman kte sntiase turun & naik..=D

    ✿A I N A A✿sbb tulah kte perlu bserah pde Allah segalanya2..

    ReplyDelete
  4. ujian yang diberikan lebih mengajar kita menjadi kuat.

    ReplyDelete
  5. Nice entry..Tq untuk peringatan ni..

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)