27 January 2013

Blogaholic


p/s: Maaf andai ada unsur-unsur yang meloyakan.. ;)

Korang pernah berada di situasi seperti di atas,? Soofiyah yakin ramai yang buka blog saya ni adalah dalam kalangan blogger. Maka ingin saya ulangi soalan sekali lagi? Pernahkah anda terjebak dalam situasi seperti ini?

Apa salah saya? Saya buka blog islamik, saya sebarkan ilmu, Bukan buka link porno pun!

APA SALAH AWAK?
Awak sedar tak yang awak;
  • Melengah-lengahkan suruhan mak awak semata-mata nak buka blog saya!(ececeh)
  • Awak telah merugikan masa awak yang sepatutnya awak menghabiskan masa itu dengan adik-beradik awak!
  • Awak sedar tak, kerana internet awak boleh lalai dalam solat, melewatkan solat.
  • Awak sedar tak, sebenarnya masa yang awak bazirkan itu sepatutny awak gunakan untuk belajar?
  • Kerana blog Hati Hawa (ehemm) awak suka tidur lambat dan esoknya solat pada pukul 7 pagi!
Tapi saya buka blog ISLAMIK!

Ya, saya bangga dengan orang yang menggunakan internet kepada jalan yang baik. Tapi kita harus tawazun.. Bijak mengimbangi masa. Ada masa kita perlu melayari internet, ada masa untuk belajar, ada masa tolong ibu, ada masa luangkan masa dengan adik-beradik.. Ingat waktu kita dah kerja, kita ada masa ke dengan adik kakak kita? Masa ini sahajalah yang kita ada. Tolong jangan sia--siakan usia anda. I've told you before, Sesungguhnya orang Islam itu bersistem..;)

Come on guys, sedih dengar ibu-ibu cerita (curi-curi dengar waktu ibu tengah berbual dengan orang.. hehe) tentang anak remaja mereka tak kisahlah yang dara mahupun teruna lebih suka mengurung diri dalam bilik melayari internet, tidur pukul satu dua pagi, kejut subuh susah.. kadang-kadang habis pecah pintu ditendangnya sebab nak kejutkan anak subuh. 


Pemuda-pemudi yang seperti inikah yang akan memerintah negara satu hari nanti? Pemudai-pemudi inikah yang akan menggerakkan Islam satu hari nanti? Pemuda-pemudi seperti inikah yang membawa imej Islam yang suci ini? Pemudi-pemudi seperti inikah yang digeruni yahudi dan nasrani? Adakah pemuda seperti ini yang dikatakan klon Sultan Muhammad alFateh, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..eh silap.. Sultan Salahuddin al-ayubi, Tariq bin Ziyad dan pejuang-pejuang Islam yang lain?

Kalian tolonglah bangkit daripada bermadu asmara dengan blog tu. Jangan suka bercakap tanpa buat tindakan. Konon, mahu bersama bangkitkan Islam, Angkat selimut ketika azan subuh pun tak kuat, masih mahu angkat senjata di hadapan musuh Islam? Bukan mahu memperkecilkan, tapi ini realiti masyarakat kita. Masyarat Malaysia.. Bergembiralah yahudi di sana melihat umat Islam di sini.


10 comments:

  1. betul2..kadang2 ramai yg terleka dgn social networking nie even bnda 2 mempunyai manfaatnya..

    ReplyDelete
  2. Betul....terima kasih sebab ingatkan. Kadang2 saya lalai dengan blog.

    ReplyDelete
  3. memang internet ni melalaikan kalau kita ikut sangat rasa hati ni nak online . sebaiknya online pada masa yg betul betul terluang . supaya tak menjejaskan kewajipan kita yg lain2 ^^

    ReplyDelete
  4. Masa akak mula2 bblogging dulu mmg semua tu ada pd diri akak, tp sejak dh malas bblogging ni, akak msk blog time akak betl2 free je, so xde la masa terbuang :)

    ReplyDelete
  5. memang kadang2 melalaikan apapun ingat tentang akhirat esok , insyaallah tak tinggal bnde wajib :)

    ReplyDelete
  6. tak dinafikan berinternet memang buatkan kita lalai.. bila tak ada internet solat pun tepat waktunya.. jadi pandai2 lah menggunakan waktu dengan baik :) comel je kartun doodle dia. hehe.

    ReplyDelete
  7. tolong ingatkan aku..Huhu..
    http://queen-sophia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Mcm mana nak buat gambar yg mcm slide kt atas skali tu ?

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)