12 January 2013

Pemimpin

Kata Imam al- Ghazali;
Sesuatau yang paling berat ialah amanah

Bukan politik yang ingin diceritakan dalam entri ini cuma sesuatu berkenaan pemimpin. Pemimpin bukan cuma dikhaskan kepada Perdana Menteri, Sultan, Pengetua sekolah, guru, pengawas sekolah, ketua kelasa dan sebagainya. Tapi kita semua ialah pemimpin.

maksud; Setiap daripada kamu ialah pemimpin dan bertanggungjawab atas pimpinan kamu. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya.

Nampak, tak? Seorang hamba pun Nabi kata dia ialah seorang pemimpin. Zaman sekarang tak ada hamba lagi, kan? Setiap daripada kita takkan terlepas daripada menjadi pemimpin dan memegang amanah serta tanggungjawab.


Kalau awak seorang pelajar, maka awak bertanggungjawab atas pelajaran awak.
Kalau awak mempunyai sahabat, maka awak bertanggungjawab ke atas sahabat awak agar tak terpesong.
Kalau awak seorang kakak, maka awak bertanggungjawab ke atas adik-adik awak.
Dan yang paling penting,
Kalau awak mempunyai ibu dan bapa walaupun sudah meninggal dunia, maka terlalu banyak tanggungjawab untuk disenaraikan,
Kalau awak BENAR-BENAR ISLAM, maka awak adalah seorang da'ie. Dan tanggungjwab awak ialah amar makruf nahi munkar.

Siapa yang masih rasa dia bukan pemimpin.?
Sesungguhnya orang Islam itu bersistem ;)


7 comments:

  1. sangat setuju.. kita semua ni boleh jadi pemimpin.. bukan para politik je.. huihuihui

    ReplyDelete
  2. yepp.. kita adalah pemimpin diri kita sendiri :)
    pimpinlah hati dan diri kita ke jalanNya ^^
    amanah tuuu ~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. true.. so true.. setiap kita perlu memimpin.. bukan saja memimpin orang di sekeliling kita.. tetapi diri sendiri terlebih dahulu..=)

    ReplyDelete
  4. isteri bakal perdana menteri? haha mcam2 ;D

    ReplyDelete
  5. Isinya bagus!!!!
    Pertahankan aja istiqamahnya!
    Jangan sampai lalai terhadap duniawi!

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)