24 February 2013

Tabiat buruk.. shuh..

Tabiat ialah sesuatu perkara yang kita sangat suka buat pada masa lapang sehingga kita jadi ketagih. Ya, ketagih.

Macam mana nak buang tabiat buruk ni, bukan senang nak buang sebab dia dah pun sebati dalam diri kita.

1) Adakah saya benar-benar sudah bersedia?
Tanya diri sendiri, benarkah kita sudah bersedia untuk berubah. Fikir apa akan berlaku jika apabila satu hari nanti ramai akan merendahkan saya? Adakah saya sudah cukup kuat untuk menghadapi semua halangan untuk buang tabiat buruk saya. Mampukah saya istiqamah untuk meninggalkan tabiat yang telah menjadi darah daging saya.? Tepuk dada tanya iman.

2) Keazaman
Azam takkan berubah. Tapi ketika itu kita hanya tahu bercakap sahaja tanpa apa-apa tindakan.
Janganlah jadi macam dia!


3) Bedah siasat

Apa yang buat kita menjadikan kita ketagih dengan tabiat kita? Jawapannya ialah tiga perkara di atas, apa yang kita buat, apa yang kita fikir dan emosi kita. Jika kita buang salah satu daripada tiga perkara tersebut maka kita akan kurang ketagih.Contoh; Tabiat buruk kita ialah merokok. Jadi apa yang kita buat sampai kita merokok? Bersukan, mengantuk dalam kelas, melepak, terlalu bosan. Apa yang kita fikirkan apabila kita merokok? Teringat isteri di rumah, kerja sekolah yang banyak, bergaduh dengan kawan. .Apa emosi diri kita yang mendorong untuk merokok? stress, takut, rindu, jiwa kacau.

4) Masyarakat sekililing
Kalau rakan menjadi faktor anda takut untuk berubah maka keluarlah daripada mereka.. Tapi ini tak bermakna kita terus menjauhi mereka dan memutuskan silaturrahim. Cari kawan yang lebih baik yang mampu tegur kita, yang mampu bimbing kita supaya tidak tersimpang jauh.

5) Kejahilan
Remaja sekarang ramai tak mampu buang tabiat buruk mereka kerana apa? Kerana kejahilan, maksudnya mereka jahil tentang baik buruk tabiat mereka. Di sini remaja perlu tahu apa kebaikan dan keburukan tabiat mereka supaya mata lebih celik setelah melihat keburukan yang disenaraikan melebihi kebaikan.

Ok, soofiyah nak tunjuk gambar soofiyah berart trade dengan faraa pulakk~
Comel, kan?
Nah ini untuk faraa.. kalau tak cantiik sori sangat~




3 comments:

Awak comment saya sayang.. =)