28 March 2013

Pelajar Agama

Saya berlajar daripada sekolah agama dan sedikit sebanyak saya mendapat belajar agama. Tapi tu tak bermakna ilmu agama saya lebih. Di sini sebagai salah seorang pelajar sekolah agama saya rasa bertanggungjawab nak betulkan metaliti orang terhadap pelajar sekolah agama (ayat skema). Entri ini lebih kepada tak puas hatilah(kot) bila dengar masyarakat lain cakap pasal pelajar sekolah agama.

Situasi 1:
"Sekolah mana, dik?"
"Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38 Sabak Bernam" 
Saya menjawab dengan nafas yang tercungap-cungap(poyo)
"Oh, nak jadi ustazahlah ni"
Panas tahu tak bila orang tanya macam tu. Readers sekalian, belajar di sekolah agama tak bermakna saya nak jadi ustazah dan menjadi ustazah tak bermakna dia daripada pelajar sekolah agama. Sesiapa pun boleh jadi ustazah dan pelajar sekolah agama berhak nak jadi apa yang dia nak. Siapa kata pelajar sekolah agama tak boleh jadi doktor, peguam, jurutera. Dan siapa kata ustazah tak boleh berasal daripada pelajar sekolah biasa. Semua orang boleh jadi ustazah selagi dia ada fikrah Islamiyyah.

Ya, saya tahu semua orang tahu benda tu, tapi tak semua orang faham, kan?

Situasi 2:
"Weh, dia buat salah. Tegurlah"
"Kaukan budak sekolah agama. kaulah yang tegur"
Ramai masyarakat sekarang menyerahkan tanggungjawab da'ie itu kepada pelajar sekolah agama dengan aggapan mereka tak sempurna. tak semua orang sempurna dalam dunia ni. Budak sekolah agama pun tak sempurna, so, sama-sama mengamalkan amar makruf nahi munkar.

Hadis;
Barangsiapa yang menyebut لا اله الا الله maka dia adalah daie.
See? Kita semua adalah daie. Senyumlah dan keluarlah daripada rumah dan terus berdakwah.=)



Situasi 3:
"Ek eleh, namanya budak sekolah agama, tapi.."
Wahai sahabat saya diluar sana, inilah yang selalu menjadi rintihan sahabat saya di dalam sini. Kami semua bukanlah maksum, dan kami bukanlah orang yang meninggalkan duniawi. Islam adalah satu cara hidup untuk menguruskan duniawi dan ukhrawi. So, jangan anggap pelajar sekolah agama hanya pegang ukhrawi dan bila nampak budak sekolah agama buat benda pelik cakap pelik-pelik. Kami pun jenis macam ni juga.
Dan kepada pelajar sekolah agama, sedarlah, kita pelajar sekolah agama dan masyarakat akan memandang kita sebagai pembawa imej Islam walaupun sebenarnya semua yang bersyahadah itu pembawa imej Islam, jadikan itu sebagai motivasi untuk kita sentiasa berubah. Arachi?

9 comments:

  1. MM , BETUL TUH... selalu nya owg salah anggap.. kita nie manusia biasa... pasti ada melakukan kesalahan... dalam surah Wal As Allah berfirman.. manusia perlu ingat-mengingati kerana manusia adalah pelupa.. :)

    *so semua org kena berdakwah.. ^^

    ReplyDelete
  2. Memang ramai orang sekarang yang berfikiran macamtu. Tambah-tambah bila pelajar sekolah agama ada buat silap sikit, mula mengutuk tak ingat dunia. haih T^T Mentaliti depa semua kena ubah.

    ReplyDelete
  3. betul2...situasi mcm neyh banyak dah berlaku..asal sekolah agama jer ustaz asal sekolah agama jer kene tolak bgy tazkirah..boleyh je bagy tazkirah tapy yang menolak tuh tak nak try ke bgy tazkirah kat dpn..haish daie bukan hanya datang dari sekolah agama jer malahan smk biasa pon boleyh..=)


    # Mentaliti depa semua mesty kena ubah.#

    ReplyDelete
  4. haha tahu xpe.. ena nikan belajar kat UIA.. bila org tnya, dok kata nak jadi ustazah ke apa.. tapi ena jawab je Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. title "pelajar sekolah agama" itu satu anugerah, menjadi benteng penghalang diri dari melakukan perkara yg bercanggah dgn gelaran tersebut.
    tapi malang bila kita sndiri malu mengenakan gelaran tersebut, kerana mahu bebas dr title yg dianggap merimaskan itu, penyekat kpd kebebasan mengikut nafsu

    ReplyDelete
  6. keri ikhwankami tak menganggap pelajar agama itu sebagaii ssuau title yg merimaskan tapi kami cuma sedih dan kecewa bila ssetegah pihak yg menganggap peljar agama tak boleh buat dosa sedangkan kami bukanlah seorang yang maksum dn akhirnya kami takut mnjadi penfitnah agama yg kadang2 ksalahan kita cume kecil tpi org besarkan sampai mmburukkan imej agama.. wallahualam

    ReplyDelete
  7. Semua org boleh jadi ustazah w/pun tak belajar sekolah agama...statement tak sesuai tu dik...ustazah tu bidang utk org yg belajar agama, w/pun dia mungkin berminat kerjaya lain.
    Seboleh2nya sesiapa yg belajar agama gunakan ilmu yg dipelajari utk mengajar orang lain, ia akan menjadi aset untuk akhirat. Rugilah kalau dah penat2 belajar agama tak nak guna.

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)