27 April 2013

Kita Generasi Perubahan

I'm not going to share about PRU'13.

Apa yang kita faham tentang Kita Generasi Perubahan

Pertama sekali kita kena tahu, apa yang kita perlu ubah? Kita perlukan Perubahan Dalaman & Perubahan Luaran. Perubahan Dalaman, hubungan dengan Allah, macam mana kita jaga solat. Faktor utama tentang perubahan dalaman ialah hati. 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." 
                                       (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Kalau hati kita bersih, seluruh anggota kita bersih,kita suka buat kebaikkan, kalau hati busuk, lidah rosak, suka mencarut, mengumpat, mata rosak, tengok benda-benda tak elok.

Perubahan Luaran
Apa yang kita perlu ubah? Sosial, Ekonomi, Politik. kalau kita jaga perubahan dalaman, kita akan melahirkan perubahan luaran.
Hati bersih => Anggota bersih => Jaga ikhtilat => Sifar masalah Sosial
Ekonomi, rancang ekonomi daripada sekarang.Tahu berjimat-cermat untuk simpanan akan datang. Politik, kalau kita rasa politik sekarang ini tak betul, belajar politik macam mana yang betul. Politik macam mana yang Rasulullah bawa.


Apakah langkah-langkah bagi seorang Remaja untuk berubah?

Andaikan kita seorang budak kecil yang jatuh dalam lubang. Pertama sekali, kita kena fikir jalan keluar daripada lubang. Kita tak fikir perasaan orang yang berada di luar lubang itu, kan?Kita kena yakin bahawa Allah akan bantu. Bukan perasaan takut, kerana langkah kita akan terbantut. Bila gagal, jangan takut, selagi kita berusaha kita akan berjaya. Same goes bila kita tengah belajar. Kalau salah betulkan. Tahukah anda, ekonomi paling rendah di negara malaysia ialah ekonomi orang melayu dan masalahsosial paling banyak ilah orang melayu. fikir apa tindakan kita daripada sekarang. Sedar, kita mesti mampu. Cari kekuatan kita.



Apakah cabaran luaran dan dalaman untuk berubah?

Cabaran Dalaman (mental)

  • Kita semua ada kelemahan. Maka, mental perlu kuat untuk jadi generasi perubahan. Contoh, seorang penagih dadah perlu kuat untuk berjaya. Dia  perlu bermujahadah. Bayangkan kalau dia dapat RM 5000, apa yang akan dia buat kalau dia tak kuat dan bermujahadah?
Cabaran luaran

1. Sahabat
  • perlu bijak pilih. Kalau tak baik, jangan ikut. kalau ikut, kata tetap sama dan tak akan berubah

2. Keluarga
  • sesetengah ibu bapa tak faham kenpa kena ada usrah, kenapa kena ada ceramah yang penting untuk generasi  perubahan. Kalau ibu bapa jahil, jangan mewarisi kejahilan mereka. Tapi, cari jalan keluar suapaya mereka faham.

ubah..ubah..ubah..
And for art trade with aisyah

3 comments:

  1. kita ejen perubahan. jgn abaikan tanggungjawab itu :)

    ReplyDelete
  2. really a nice entry :) betul tu.. semoga kita berjaya menjadi generasi sebegitu.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalam...salam ziarah ;) teruskan menulis..

    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)