26 December 2013

a story to share

   Ada seorang nenek bernama nenek Kiah. Untuk dapat menyara kehidupannya, nenek tersebut menjual tempe setiap hari. 
  Pada suatu hari, nenek terlambat bangun pagi, sehingga tempe tidak matang tepat pada waktunya. Nenek Kiah sedih. Jika hari ini dia tidak menjual tempe tersebut, maka dia tidak akan dapat wang untuk makan dan membeli bahan tempe untuk esok hari. 
  Dengan hati yang sedih, Nenek Kiah mengambil wudhu lalu solat Subuhdan berdoa, “Ya Allah, tolong matangkan tempe-tempe itu. Kabulkan doa hamba-Mu ini ya Allah..”    Selepas solat Subuh, Nenek Kiah membuka daun pisang pembungkus tempe, tidak ada satu pun yang matang. Keajaiban belum datang, doanya belum dikabulkan. Tetapi Nenek kiah percaya doanya akan terkabul.
  Dalam perjalanan ke pasar, nenek Kiah berdoa lagi "Ya Allah, matangkanlah tempe-tempeku. Hidupku ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang" Nenek Kiah membuka daun pisang pembungkus tempe. Masih belum matang. Nenek itu cemas, risau tiada wang untuk hari itu. Sebaik sahaja sampai di pasar, nenek berdoa lagi "Ya Allah, matangkanlah tempe ini" Nenek Kiah  membuka pembungkus tempe. Masih belum matang. 
  Tiba-tiba, ada seorang ibu yang menghampiri sang nenek. “Ibu, ibu jual tempe,ya?” tanya sang pembeli. Nenek mengangguk, sambil berdoa "Ya Allah matangkalah tempe ini" Nenek membuka pembungkus tempe itu.  Belum matang. 
  “Alhamdulillah, belum matang. Saya nak beli semua tempe yang ibu jual. Dari tadi saya mencari tempe yang belum matang, tetapi tidak ada yang menjual. Syukurlah ibu menjualnya,” ujar sang pembeli dengan suara lega. “Kenapa ibu nak beli tempe yang belum matang?” tanya si nenek dengan kehairanan. “Anak lelaki saya pergi ke luar negara, dia ingin membawa tempe kerana di sana susah mendapat tempe. Kalau tempe ini belum matang, bila dah sampai di sana, mesti dah matang” ujar sang ibu dengan gembira.

moral of the story;

  1. Allah sentiasa memakbulkan doa hambaNya dan kadangkala pada situasi yang berbeza
  2. Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu
  3. Takdir Allah itu indah.. ;)


syarafinazh:

Simple reminder! :’)
sumber : tumblr

7 comments:

  1. Iya.. Allah Maha Tahu.. sebab tu Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.. Salam Jumaat dari mummy

    ReplyDelete
  2. tersentuh baca entry ni =) ALLAH sntiasa bg apa yg kta perlu bkn apa yg kta hndak..sbb ALLAH lbih mngetahui drpd kita

    ReplyDelete
  3. Allah lebih tahu dari kita. Perancangan Allah lebih baik :) nice sharing.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah. Allah maha mengetahui. nice story ! :)

    ReplyDelete
  5. Nice story akak. Subhanallah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. =D btw, jemput baca ea kak. http://maryamnurkhalisah.blogspot.com/2013/12/1-blogskin-despicable-me.html

    ReplyDelete
  6. Allah menyayangi hambanya :) subhanallah

    ReplyDelete
  7. aww this is great. yes.. the timing, opportunity, right place.. only our creator knows best.

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)