27 April 2014

Mohlah kita jaga hati

Tiup-tiup sarang dan habuk.. Berapa bulan dak hupdate atas alasan yang tak boleh diterima pakai.. ngee ^^




"Baiknya dia.. Boleh imam/ makmum aku satu hari nanti.. Penyejuk mata dan hati."
*senyum* ayat trending zaman kini. 

Dear syabab dan fatayat,
muhasabah balik diri kita. Berapa banyak kali kita dah terlalai kerana cinta. berapa banyak kali kita terjatuh kerana cinta. Berapa banyak kali kita terbuai kerana cinta.

Bangun pagi teringat dia, jetika solat teringat si dia, selepas solat eringat si dia, sedang belajar teringat si dia, sedang main teringat si dia, sedang makan teringat si dia, tolong ibu teringat si dia, masuk tidur ingat dia lagi. Berapa banyak kali kita berzikir nama si dia berbanding berzikir kepada Allah atau berselawat pada Nabi, sedangkan sekali kita berselawat kepada nabi, 10 kali Allah berselawat ke atas kita.?

Berapa banyak kali kita buka alQuran dan tadabbur? Berapa banyak kali kita solat berjemaah dengan khusyuk dalam satu hari.

Usahlah kita bergaya seperti sudah siap berumah tangga memimpin si isteri atau membawa si suami ke syurga sedangkan soat subuh pun pukul 7.

Dear syabab dan fatayat,
Usahlah berhubung dengan dia kalau setakat nak tegur "kenapa awak ni busy sangat" "lama tak dengar cerita" tanpa ada sebarang keperluan dan urusan,

Dear syabab dan fatayat,
Usahlah kita duk terbuai dan terikut-ikut dengan kisah-kisah cinta drama dan novel yang tak akan wujud di alam realiti. 

“Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them. Allah is Aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest.” (An-Nur: 30-31)


my frienddd. :D

perlu sentiasa islah nafs tajdid niat

Mohlah kita sental hati kita sampai bersih dengan istighfar dan jaga hati dengan baik..

notahatihawa: doodle ni daripada blogger Farah Waheeda,, Sangat kagum dengan dia.. Dah nak kahwin dah.. ;p Barakallah sis.. ;)

13 comments:

  1. Assalamualaikum soofiyah :) Alhamdulillah entri yang best . . :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Nice sharing. Terima kasih ingatkan saya yang terleka :)

    ReplyDelete
  3. sof-2, I'm loving this so mucho! ;) Brilliant one (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeee.. ^^ senyum2.. not as brilliant as yours.;)

      Delete
  4. terkena habuk kat baju ecah bila sis tiup..hihi

    betul sngat.. tak kira lah kita bertudung labuh, bersongkok spnjg masa tapi if tak mnjaga hati pun xguna kan. hati ni ibarat diamond yg perlu disimpan dgn ketat bersama cinta yg khas utk bakal zauj. bermadah pulak ecah -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkena baju? awat tak kena muka je terus.. hehe.. so true sis..;)

      Delete
  5. salam ain :)
    eh kak farah waheeda nk kawen dh? suka jugak tgk2 doodle kak farah. comei :)

    ain, ap maksud shabab & fatayat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. kak farah nak kahwin dah.. 3/5 akad, bulan 12 walimah.. hehe
      syabab dan fatayat ialah pemuda dan pemudi in arabic.. ;)

      Delete
  6. terima kasih untuk peringatan ni. Sebab memang betul, perempuan ni mudah 'terasa' or 'perasan'. and sometimes terlalu leka .

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, thanks for reminding, tersentap2..

    ReplyDelete
  8. thanks for this reminder. hmm <3

    ReplyDelete
  9. a good self reminder for me.. thanx a lot..:)

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)