20 July 2014

Jangan Futur

Pernah tak satu hari tu kan kita rasa nak berubah. Kita dah berazam dah nak berubah lepastu kan kita berubah. Tapi kan kita rasa semangat nak berubah tu seminggu dua je. Lepastu hilang semangat balik. Rasa malas nak buat baik. Lepastu dah putus asa nak jadi baik. Pernah tak ? Pernah tak ? Pernah tak ? Kalauu pernah cakap alhamdulillah sebab :

  1. Bukti kita ialah manusia biasa - Biasalah manusia biasa iman dia memang sekejap naik dan sekejap turun. Kita bukan nabi dan Rasul yang imannya sentiasa meningkat. Kita juga bukan Malaikat yang imannya constant setiap masa. KIta cuma manusia biasa. Tapi tak bermakna kita kena biarkan je iman kita semakan lemah. Faham tak ?
  2. Allah beri nikmat kesedaran - Yalah, sekurang-kurangnya Allah sedarkan kita yang iman kita tengah lemah time tu. Lepastu nak buat apa? Takkan nak biarkan iman turun macam tu je ?


Sebab tu kita perlukan vaksin. *angkatkening* Vaksin? Kenapa vaksin? Vaksin untuk apa.
Okey, korang belajar biologi tak ? Tingkatan 5 Bab 1 topik Body Defense + Immunity.

 
Sumber : google

Tadaaaa... !!! Dapat gambaran tak apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ni ? (Jangan tanya aku ni jenis vaksin apa, sebab aku dah lupa =p)

Bila kena suntikan vaksin yang pertama, antibodi kita jadi kuat kan? Tapi tak lama, lepastu jadi lemah. Suntik vaksin yang kedua, jadi kuat balik. Lagi kuat daripada suntikan vaksin yang oertama tadi. Kan?

Macam tu jugalah dengan iman kita. Bila dah rasa macam nak futur je, cucuk vaksin kali kedua, so that iman kita semakin meningkat plus mengambil ibrah daripada kesilapan lalu. Takkan nak kasi amplitude sama je setiap kali kena suntik dengan vaksin kan ? Tak nak ulang kesilapan lalu tapi jadikan satu kesilapan tu sebagai satu pengajaran untuk jadi lebih baik.

Jangan berhenti cucuk vaksin. (Tak de kena mengena dengan biologi ok)
Tapi apa vaksin untuk iman kita ?
  • Baca alQuran dan fahamkan makna
  • Usrah
  • Banyakkan baca buku islam dan kitab. (Contoh : Reclaim Your Heart, Apa Ertinya Saya Menganut Islam dan banyak lagi buku tarbiyyah yang dijual )
  • Mendekatkan diri dengan orang alim. 
  • Muhasabah
  • Many more...
Banyak lagi yang kita boleh buat sebagai vaksin untuk iman kita.. Ada 9/8 hari berbaki lagi. Tolong jangan sia-siakannya. Masih beum terlewat.

Sedih tengok manusia lain yang treat Ramadhan lain sama je dengan bulan lain. Rasa macam Ramadhan ni tiada istimewa. Allah. Kalau kita tahu betapa istimewanya Ramadhan. Sehinggakan sahabat Nabi dulu 2 bulan sebelum Ramadhan dah berdoa "ya Allah, sampaikanlah kami di bulan Ramadhan ". Betapa para sahabat dulu sangat menunggu kedatangan bulan Ramadhan. Dan bila Bulan Ramadhan dah berakhir, para Sahabat sangat sedih. takut dah tak ada peluang untuk Ramadhan yang seterusnya.

Sedih tungok saf-saf di surau dan di masjid semakin berkurang terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan. Kita semua tahu 10 malam terakhir tu ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sepatutmya 10 malam terakhir ni kita gunakan untuk memaksimakan amalan kta. Bukan mengurangkan amalan. =='



2 comments:

  1. futur tu apa ya? :3

    ha'ah mmg betul pun TT^TT
    selalu jadi camtu..
    dah tau dah apa yg kena buat, tapi seribu alasan bagi :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Futur tu putus asa. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. ;) Jangan give up..start over balik. again and again.

      Delete

Awak comment saya sayang.. =)