08 October 2014

Qanaah

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(arRahman)

Aku merenung gadis bertudung labuh itu dari jauh. "Kau dah kenapa? Termenung je aku tengok dari tadi" tegur sahabatku, Iman. Matanya masih tertancap pada buku yang dihadapannya. "Cantikkan Humaira' tu" Aku menjawab sambil menongkat dagu. Mata masih tidak mahu melepaskan kelibat Humarai. " Haah, cantik. kenapa pun ?"Iman mula menutup buku. "Takdelah, Bestnya kalau aku boleh jadi macam dia. Cantik, baik, pandai, famili kaya. Kira pakejlah kan. bestnya..."Aku tersengih-sengih sendiri dan mula berangan. "Nak jadi macam dia? Tak best ke jadi diri sendiri?"Iman cuba mendugaku. Aku diam. Bukanlah tak best. Cuma teringin jadi seperti dia. Beruntungnya.

Betapa situasi ini sinonim dengan kehidupan kita. Terlalu sinonim. Betapa kita tersangatlah mahu menjadi seperti orang lain, sehingga kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Betapa kita terlalu mencemburui kesempurnaan orang lain sehingga kita lupa bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kita lupa bahawa Allah menciptakan setiap makhluk itu bersama kekurangan dan kelebihan masing-masing dan kita sendiri lupa untuk mengenal pasti kelebihan diri sendiri. Kita kira kira nikmat Allah itu hanya tertumpu pada harta, paras rupa, keturunan dan kecerdikan akal. Tetapi kita lupa bahwa akal yang sihat itu juga nikmat Allah. masa yang lapang itu juga nikmat Allah. Nikmat Allah yang sering manusia mempersiakan.

Maka dengan itu, belajarlah bersikap qanaah. Bersikap bersederhana. bersyukur dengan apa yang kita ada. bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat. ( Ibrahim : 7)

Dan mengapa kita lebih memilih jalan untuk mengingkari nikmat Allah, sedangkan Allah menawarkan jalan yang lebih baik. Bersyukur. Maka Allah akan tambah nikmat kita. Tambah bukannya kurang. Allah tambah. Mengapa perlu khuatir rezeki kita tak sebanyak orang lain sedangkan Allah itu lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita.

Dalam masa kita menyanjungi orang itu dan orang ini, kita tak pernah sedar apa yang dia sedang lalui. Kita tak pernah tahu apa yang sedang dia lalui. Kita lupa ujian Allah buat hambanya berbeza-beza. Maka bersyukurlah wahai sahabat.

Kita akan kuat kalau kita bergantung pada sesuatu yang kuat, dan kita akan lemah kalau kita bergantung pada sesuatu yang lemah. Contoh mudah,  kalau kita bergantung pada tali Allah dengan erat, maka kita akan kuat. Percayalah. Allah akan beri kekuatan itu kepada kita. Tetapi kalau kita bergantung pada sesuatu yang sama lemah seperti kita bahkan lebih lemah seperti manusia lain. Ibu bapa , kawan, guru, mentor, artis dan lain-lain. Maka kita akan lemah. Kerana makhluk lain akan binasa. tetapi Allah tidak.  Setuju atau tidak ?

Sama seperti kelebihan dan kekurangan diri kita. Kalau kita asyik melihat pada kekurang kita, kelemahan kita, maka kita akan sentiasa lemah. Low self-confidence and low self-esteem. Tetapi kalau kita melihat pada kelebihan diri kita, InsyaAllah kita kuat dan mampu untuk menempuh hari yang mendatang. InsyaAllah.

Point terakhir, apabila kita dipuji ucapkanlah Hadza min fadhli rabbi. "Segala kelebihan ini datang daripada Allah" Itu adab bila dipuji. Adab dengan Allah. Ertinya kita tahu kelebihan yang Allah kurniakan itu tidak kekal, Hanya sementara Allah pinjamkan kepada kita. Hanya pinjaman. Mohon sedar. Nikmat milik Allah sebenar-benarnya.  Dan kita tahu Allah boleh tarik nikmat itu bila-bila masa sahaja. Semoga Allah lindung dia daripada riya' dan takbur.


2 comments:

  1. Alhamdulillah ala kulli hal. :')
    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Qanaah is what I have lost.

    Thanks for the reminder sayang <3

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)