16 June 2015

Dilemma

Waktu kecil, dia bersekolah agama di masjid. Setiap kali sebelum solat fardhu berjemaah di masjid, ustaz ajar kena buat solat tahiyatul masjid. Lepastu, solat sunat rawatib. Mengajinya di situ, belajar ilmu Tuhan pun di situ. Syukur, ustaz-ustaz di situ kuat semangat mahu menrtabiyyah anak-anak sejak dari kecil. Ahli jawatankuasa masjid pun rajin buat program untuk anak-anak kecil seperti dia. Setiap kali masjid menganjurkan aktiviti untuk anak kecil seperti dia, merayu dia dengan mak ayah nak tidur dekat masjid. Seronok sangat dapat tidur dikelilingi kawan-kawan.

Naik sekolah menengah dia dihantar ke sekolah agama. Ceruk di pedalaman kampung. Nak dapat line telefon pun susah. Kata ustaz inilah bumi tarbiyyah kamu. Betapa ramai ahli agama lahir daripada sekolah itu. 5 tahun menuntut ilmu di situ. Setiap malam mesti kena dengar kuliah agama. Setiap kali kuliah, mesti dia catit setiap input yang diterima. Kata senior, bila kita bosan, bila kita rasa iman kita turun, boleh kita selak balik catatan kuliah kita. Dia turutkan saja apa kata murabbiahnya dulu. Masuk tingkatan 4, dia dipertanggungjawabkan menjadi naqibah usrah. Keluarkan apa yang dia dah terima tiga tahun dulu. Tingkatan 5 pun, naqibah lagi. Apatah lagi waktu itu, semua pelajar tingkatan 5 bersemangat nak tarbiyyah macam mana untuk junior mereka.  Banyak aktiviti yang dicadangkan untuk mentarbiyyah juniornya itu. 

Terlalu banyak memberi sehingga terlupa untuk menerima. Asyik ditarbiyyah junior itu, tetapi lupa hati dia juga perlu ditarbiyyah sentiasa, Tidak boleh lupa. Kata murabbi, dunia luar sangat kuat godaannya. Perlu kuat iman, perlu cukup ilmu.


Masuk ke alam universiti baru dia sedar langit itu tinggi atau rendah. Bukan tak ikut usrah, ikut. Tapi, entahlah. Ada sahaja yang tak kena. Murabiyyahnya tak baguslah, pengisian setiap minggu berulang dan murabiyyah suka memaksa mad'unya datang usrah. Selalu sangat memberi, hati dah tak boleh menerima. Cuma dia sahaja yang betul. Orang solat sunat disebelah takbur kata dia lagi hebat. Orang bagi pengisian dalam hati kata 'aku dulu lagi hebat'. Lupa yang dia juga manusia biasa. Yang selalu berbuat dosa. Astaghfirullahalazim. Minta dijauhkan.

Sentiasa menganggap orang lain lebih mulia daripada kita walaupun orang sebelah kita yang kita tak kenal 

Solat cukup. Qiamullail buat. Qur'an pun dia baca. Mutabaah yang muribiyyah bagi selalu lengkap. Tapi kenapa dia rasa dia semakin jauh. Menangis kerana takutkan Tuhan dia dah jarang. Lama dia cari jawapan. Kerana aku tak ada sahabat sefikrah aku kah.

Dia merenung di tepi jendela. Hujan turun membasahi bumi dan air matanya turun membasahi pipi. Menangis dia takutkan Tuhan. Kalaulah ajalku datang waktu itu. Kalaulah. Sungguh dia menyesal. Takut amalnya sebelum ini tak diterima Tuhan.

"Aisyah.." Ustazah datang dan memeluknya daripada belakang. Seolah-olah faham apa yang ditanggisinya. Kini dia berada di sebuah sekolah pondok. Menghabiskan masa mempelajari kitab-kitab tulisan ulama'. Mencari apa yag dia hilang selama ini. 

Sahabat yang takutkan Allah akan datang bila kita sendiri takutkan Allah. Hidayah itu perlu dicari bukan hanya menunggu.
Sahabat,
Masa muda kita, kita habiskan dengan hiburan melampau. Ikhtilat tak terjaga, terbuai-buai dengan asmara cinta, kpop, jpop, epop. Bila ditegur kita jawab " Diorang semua dah besar. Pandai-pandailah fikir". Pada hakikatnya, ada hawa nafsu yang mendiami hati kita, yang kadang-kadang mendorong ke arah jalan yang bengkok. Bukan setiap masa kita punya akal yang waras untuk mempertimbangkan baik buruk satu perkara. Maka, kerana itulah bila Allah hadirkan seseorang untuk memperingatkan kita, timbangkanlah kembali. Mana yang baik mana yang buruk.

Bagaimana Sutan alFateh pada umur 21 tahun berjaya menumbangkan kerajaan Byzantine yang sudah berkuasa lebih 800 tahun. Yang kalau kita pada usia itu, kita tak mampu capai kejayaan sebesar itu. Aku pergi ke bumi al Fateh mencari jawapan.

Waktu muda ini, kita punya dua perkara. Masa lapang dan kekuatan. Gunalah masa lapang ini untuk menuntut ilmu Allah yang luas. Kerana ilmu Allah takkan pernah habis. Semakin banyak kita belajar, semakin kita rasa kurangnya ilmu kita di dada. Allahualam.


notahatihawa: Selamat menghadapi bulan tarbiyyah

No comments:

Post a Comment

Awak comment saya sayang.. =)