23 July 2015

Sekental jiwa Raudhah

Rasa nak share cerita ni sebab this is very inspiring story.


“ Final call for flight QR 521 to Doha.. ” nafas dihela perlahan…kedengaran suara krew penerbangan memanggil penumpang untuk ke Qatar.. this is it. the goodbye .

Perjalanan 13 jam untuk ke Alexandria, Egypt beserta transit 1 jam di Doha pastinya memenatkan. Mushaf Al-Quran ditangan digenggam erat. Terimbau perbualan dengan abang seminggu yang lalu..

“bahaya lah dekat sana, tengok dekat dalam fb tu tentera senang-senang je bunuh orang macam nyawa manusia takde nilai dah…”

“ala..dekat Malaysia pun orang tembak-tembak siap letak bom atas kereta macam nyawa manusia takde nilai…” balas Raudhah tenang.

“tapi dik..kalau dekat sini kan senang, ada depan mata abang, demam pening semua abang boleh jaga..”


“dekat sana Allah jaga 24 hours tanpa terleka sikit pun. Hebat kan?” kening dijongket tanda kemenangan.

Rifki menggeleng perlahan..kepala Raudhah disekeh tanda tidak puas hati..adiknya yang satu ni memang ketegaq. Kalau putih katanya, putihlah ia..

“abang, adik pergi sana nak belajar la..nak jadi doktor, bukan nak pergi join tentera bunuh orang. Kalau ditakdirkan adik mati dekat sana pun kan..abang patut jadi manusia paling gembira tau, sebab adik abang ni syahid dekat jalan Allah. Bukan mati tertonggeng atas jalan raya sebab lumba haram.” Kepala Rifki disekeh semula. Mana boleh kalah dengan abang..ishh

“Raudhah, ni boarding pass..” Kalau sampai sana kena tahan dengan polis macam mana?

“ni passport pun ada sekali ni..”
Kalau balik rumah, tengok rumah dah kosong sebab tuan rumah dah lempar segala khazanah dalam rumah tu keluar, macam mana?


“lepastu..ni tadi abang pegi Delifrance.. abang beli your fav, boleh makan kalau sampai sana..” Paper bag berisi roti disua.. Tak bersambut. Mesti sunyi lecture hall bila ramai dah pindah Malaysia. Siapa nak hulur gula-gula bila ngantuk? Siapa nak main lukis-lukis dekat belakang kelas lagi? Siapa nak join makan jajan masa lecturer tengah mengajar?

“Ainnur Raudhah!!!!” kuat Rifki menggoncang bahu adiknya.
“apa abang ni… nasib baik tak melatah, kalau tak, tak pasal-pasal kena reject jadi menantu..” berdecit mulut Raudhah menahan marah.


“ekelehh menantu konon.. pakwe pun takde..berangan. abang macam cakap dengan kerusi je tadi..kenapa? tak jadi balik Mesir?”raut tenang milik Raudhah ditenung dalam, mencari erti dari bening mata itu..

“I did my istikharah, abang.” Pandangan ditala ke syiling KLIA. Nafas ditarik dalam. Kata nak jadi seorang pejuang, masakan susah sedikit mahu berpaling arah?
***


“hello baby……” comel suara Rifki menyapa dari benua sana. Rindunya adik..bila adik nak balik?

“stop baby-ing around lah bang.. nanti takde orang nak kahwin dengan adik.” Mencerlung mata Raudhah memberi amaran.

“suruh bakal adik ipar abang tu datang jumpa abang dulu, abang nak buat tapisan, hingga ke akar umbi.. kalau lepas, baru boleh jadi adik ipar abang.kalau tak jangan harap.”  Serius Rifki berkata.

Raudhah ketawa lepas. Ade-ade je abang ni.. 


“abang.. Raudhah ada benda nak bagitahu.”  Skrin laptop ditenung penuh pengharapan. Harapan agar Rifki mengerti permintaannya sebentar lagi.
“bagitahu je lah..sejak bila kena minta izin ni?” berdegup kencang jantung Rifki menanti bicara Raudhah..Raudhah jarang membahasakan dirinya dengan nama kecuali jika perkara itu menuntut perhatian yang serius.


“ last week ada students edarkan flyers ..”
“oh, flyers untuk masuk contest ustazah pilihan ke?”
“abang ni… orang tak habis cakap lagi..”
“okay miss Ainnur Raudhah, you may proceed. My ears are all yours .” Rifki sengih mengada. Tahu Raudhah sedang berdebar menyusun kata..


sengaja diusik si kecil itu. Hakikatnya dia pun berdebar menanti bait kata Raudhah.
“diorang nak cari volunteers untuk bantu rakyat Syria, untuk 2 bulan masa summer break nanti. Adik rasa macam nak pergi, nak tolong apa yang patut.” Senafas Raudhah berkata.


Pandangan matanya dihala kearah keyboard laptop. Bimbang andaikata muka Rifki bertukar menjadi the Hulk. Boleh pengsan kalau kena marah dengan si abang ni. Mujur hanya berkomunikasi melalui skype , kalau tak pasti lagi teruk.

“kalau mati dekat sana macam mana? Adik abang ada satu je. Adik lupa ke janji abang dekat arwah ibu dengan abah nak jaga adik lebih dari nyawa abang sendiri? “ bertalu-talu Rifki bertanya.
“kalau adik mati syahid, lepastu Allah izinkan adik masuk syurga, nanti kalau dekat dalam syurga adik tak jumpa abang..adik nak tanya Allah dekat mana abang, lepastu adik nak ambik abang masuk syurga sekali dengan adik.. isnt that cool ?” senang Raudhah menjawab. Sudah dijangka soalan Rifki, sudah dijangka juga reaksi Rifki..tidak putus doa yang dipohon di dalam hati agar lembut hati Rifki membenarkan dia pergi.. Ummah di sana memerlukannya, tambahan pula dia di tahun akhir pengajian dalam bidang perubatan. Mungkin dia boleh membantu doctor disana merawat mujahidin yang cedera.


“adik.. you know my answer ..”
“but abang. .i did my istikharah .” Berkaca mata Raudhah merayu
“ this conversation is over.Assalamualaikum”


butang end call ditekan. Ipad di tangan dilempar ke atas sofa. Mukanya diraup perlahan. Tertahan nafasnya menahan rasa. Tidak sanggup melihat mutiara jernih yang bakal mengalir di pipi Raudhah.

“kalau adik mati syahid, lepastu Allah izinkan adik masuk syurga, nanti kalau dekat dalam syurga adik tak jumpa abang..adik nak tanya Allah dekat mana abang, lepastu adik nak ambik abang masuk syurga sekali dengan adik..isnt that cool?” Terngiang-ngiang suara Raudhah di benaknya. 7 hari 7 malam dia beristikharah dan istisyarah. Bergelen-gelen air mata yang jatuh membasahi pipi. Takpe, tak jatuh saham seorang lelaki andai menangis di tikar sejadah. Allah..berat sungguh keputusan yang harus dibuat. Terasa dirinya perlu menjadi kuat seperti Clark the Superman dalam filem Man of Steel. Tapi besi pun boleh cair dek panasnya haba, kan?

Aaaa Rayyan Rifki, apa kaitan Raudhah dengan besi? Aiyoo sah neuron dalam otak dah bersimpul berbelit sampai tak boleh nak berfikir logik.
..........


Nombor telefon Raudhah didail penuh debar. Rindu mendengar suara comel itu. Rindu melayan karenah Raudhah yang pelik. Hakimi, kawan baiknya selalu memerlinya, konon dia tidak punya teman hidup sampai sekarang sebab dia terlalu sayangkan adiknya, itu Raudhah, ini Raudhah..sampai masakan makcik cafeteria pun dibandingkan dengan air tangan Raudhah. Takpelah, Raudhah sajalah harta yang dia ada.

“Assalamualaikum abang, dah dinner? Adik baru habis kelas ni. Abang dah jumpa belum calon kakak ipar adik?” ceria Raudhah bertanya. Sejak Rifki mematikan panggilan skype dengan rasa amarah yang memuncak, Raudhah tidak pernah membangkitkan perihal volunteer ke Syria lagi.

“tak. Abang tak jumpa, takde orang yang boleh challenge adik abang ni..” bingkai gambar di atas meja pejabatnya ditilik penuh rindu. Kelihatan arwah ibu dan abah tersenyum girang bersama dia dan Raudhah sewaktu mereka kecil.

“abang ni teruklah..kalau gitu baik abang kahwin dengan adik je. Abang, you should find someone..” pelik je abang ni. Semuanya nak dibandingkan dengan dirinya, punggungnya dilabuhkan dia atas tembok batu, terbentang keindahan laut Mediterranean ciptaan Allah.

SubhanaAllah. Cantik.

“ I will marry after you .” Pen di tangan dipusing, otaknya ligat berfikir bagaimana mahu memberitahu Raudhah..
“adik tak nak langkah bendul.”
“adik memang bendul pun. Hahahaha”
abanggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!”
kuat suara Raudhah menjerit diusik abangnya. Abang memang. Pantang ada peluang.
“Ainnur Raudhah..” Rifki berjeda sebentar, mencari nafas untuk menyambung kata.
“abang.. you are not proposing me kan? Ni kenapa suara abang macam nervous semacam? If yes, I will reject you without hesitation” pelik Raudhah bertanya.


“gila. Kalau la tinggal adik sorang dekat dunia ni pun abang tak hingin kahwin dengan adikla..”
“helllehhh sudahlah abang, kenapa abang panggil nama penuh adik tadi? Is there something that I should know?” kapal di tengah lautan ditenung penuh minat. Kalau ada dolphin kan seronok.


“after final exam nanti terus balik rumah. Abang dah book flight ticket .”
“ you what ?” keras Raudhah bertanya. Abang kejam!
“ I did my istikharah already. This is an order Ainnur Raudhah binti Abdullah.” Senada Rifki memberi arahan.

“abang Hitler.” Perlahan Raudhah berbisik.
Kecewa dengan tindakan abang. Empangan air mata yang pecah diseka lemah.

*****


Seminggu berada di Malaysia, Raudhah dilayan seperti puteri raja. Entah apa yang menyampuk si abang dia pun tak mengerti. Dah sampai seru nak kahwin lah tu. Raudhah tersenyum sendiri. Flyers volunteer untuk ke Syria direnung penuh rasa. Rasa yang dia sendiri tidak mengerti.

“nah..ice blended cappuccino..” Rifki menghulur .


“nope. Adik tak minum Starbucks.” Raudhah menggeleng tanpa menoleh. Flyers di tangan disembunyikan ke belakang.
“hello makcik, ni bukan Starbucks lah, ni kan Coffee Bean, abang pun kan tak minum Starbucks, lupa?
“abang panggil adik apa? Makcik? Sengal…”
cawan Ice blended bertukar tangan.
“apa sengal-sengal? Siapa ajar panggil abang macam tu, Rasulluah pun suruh hormat orang tua tau.. abang sumpah jadi semut baru tahu.”
Laju tangannya menolak lembut kepala Raudhah.
Sayangnya dekat adik.


“tak baiklah tolak kepala orang, adik tumbuk baru tahu.” Buku lima disua sambil mukanya dikerutkan mahu menakutkan Rifki.

“adik.. next week balik Egypt tau, abang dah book flight..nanti abang datang sekali tolong kemas bawak balik semua barang adik…” pandangan
dihala kepada itik-itik yang berenang di permukaan tasik. mashaAllah comel.


“apa abang ni suka-suka suruh orang pergi balik.. adik baru seminggu duduk dekat sini. Abang dah muak eh tengok muka adik?”panjang muncung Raudhah memprotes.

“kan next two weeks adik nak pergi Syria..”
lembut usapan Rifki di kepala Raudhah menghantar rasa kasih yang tidak terperi.
Raudhah kalih pandang dari teratai di atas tasik ke muka abangnya. Dari muka abangnya kepada itik-itik yang sedang bermadu kasih. Tangannya dilekapkan ke dahi Rifki. Tak panas..


“ni Rayyan Rifki abang Ainnur Raudhah kan?” pipi Rifki ditampar lembut..
“adik, abang campak adik masuk dalam tasik baru tahu..” sengih Rifki geram. Adik ni.. buat main pulak.


“tapi abang…” Raudhah kehabisan kata. Merembes air mata kegembiraan dari tubir matanya. Alhamdulillah.
“ I did my istikharah , adik..and abang sangat sayangkan adik. Takkan lah abang nak halang adik dari masuk syurga Allah. Abang tak sekejam itu. Sejujurnya, abang rasa sangat berat untuk melepaskan satu-satunya insan yang abang sangat sayang. Tapi abang lupa, adik milik Allah, abang izinkan adik pergi sana, andaikata Allah takdirkan adik syahid di sana, abang redha jasad adik bersemadi di bumi Syam.”


Tertahan-tahan suara Rifki. Raudhah yang sudah teresak dipeluk kemas.
Pergilah adik kesayangan, pergilah wahai mujahidah. Mereka memerlukan jiwa-jiwa kental sepertimu.
*******


“adik semua barang-barang adik dah masuk dalam kotak, nanti abang,hantar balik Malaysia through shipping kargo lah, tak larat nak bawak balik semua. Kalau airlines company tu atuk keturunan kita punya, takpelah nak angkut semua pun” Tingkap bilik Raudhah dikuak perlahan.
Indahnya bumi Iskandariah, tenangnya jiwa berada di bumi penuh barakah ini. Patutlah Raudhah berkeras mahu menyambung pelajaran disini walaupun sudah 2 kali evakuasi.


“abang, ni apa?” tote bag Fossil dihulur.

“oh..tu adik punya kelengkapan dekat sana nanti..kain kapan, kapur barus, semua abang dah sediakan..”

“abang..” berkaca mata Raudhah menahan sebak yang bertandang.

“adik, abang tunggu adik balik, tapi andaikata adik tak balik, abang akan ceritakan tentang seorang mujahidah bernama Annur Raudhah dekat anak-anak abang nanti, seorang doktor yang mengorbankan jiwanya untuk ummah. Abang bangga dengan adik, abang taknak jasad kaku adik balik ke bumi Malaysia, andai ditakdirkan adik syahid..bersemadilah di sana, abang janji.. abang akan menyusul.” Rifki menghela nafas perlahan. Berat. Seberat hatinya melepaskan adiknya pergi.

ﺇِﻥَّ ﭐﻟﻠَّﻪَ ﭐﺷۡﺘَﺮَﻯٰ ﻣِﻦَ ﭐﻟۡﻤُﺆۡﻣِﻨِﻴﻦَ ﺃَﻧﻔُﺴَﻬُﻢۡ ﻭَﺃَﻣۡﻮَٲﻟَﻬُﻢ ﺑِﺄَﻥَّ
ﻟَﻬُﻢُ ﭐﻟۡﺠَﻨَّﺔَۚ ﻳُﻘَـٰﺘِﻠُﻮﻥَ ﻓِﻰ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻴَﻘۡﺘُﻠُﻮﻥَ ﻭَﻳُﻘۡﺘَﻠ
ﻭَﻋۡﺪًﺍ ﻋَﻠَﻴۡﻪِ ﺣَﻘًّ۬ﺎ ﻓِﻰ ﭐﻟﺘَّﻮۡﺭَٮٰﺔِ ﻭَﭐﻟۡﺈِﻧﺠِﻴﻞِ ﻭَﭐﻟۡﻘُﺮۡﺀَﺍﻥِۚ
ﻭَﻣَﻦۡ ﺃَﻭۡﻓَﻰٰ ﺑِﻌَﻬۡﺪِﻩِۦ ﻣِﻦَ ﭐﻟﻠَّﻪِۚ ﻓَﭑﺳۡﺘَﺒۡﺸِﺮُﻭﺍْ ﺑِﺒَﻴۡﻌِﻜُﻢُ ﭐﻟَّﺬِﻯ
ﺑَﺎﻳَﻌۡﺘُﻢ ﺑِﻪِۦۚ ﻭَﺫَٲﻟِﻚَ ﻫُﻮَ ﭐﻟۡﻔَﻮۡﺯُ ﭐﻟۡﻌَﻈِﻴﻢُ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta- benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka
akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai
janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(Surah At-Taubah: 111)

1 comment:

Awak comment saya sayang.. =)